, , , ,

Kuih Cara Berlauk Daging Resipi paling Seedaap

6/23/2015

Hohooo....jgn tak percaya i yg buat :p.
Sebabnye saya bukanlah rajin memasak apatah lagi pakar...cuva jaya boleh la....

Jadi, kalau saya boleh yang dah biasa dan ecpeet memasak lagi la boooleh...

Senang dan simple tapi hasilnya...mengebomkan hehee macam iklan sabun pulak kan...

Ok, untuk resipi ni, saya tal gunaksn acuan kuih cara, sebabnya...takde...hihii jadi kreatif sikit, saya guna acuan cup aluminium tu... Asal boleh kan...

Jadi, inilah resipinya :D

Cara Berlauk Daging

A) Bahan untuk Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
(ikutla klu nk buat sikit, guna cawan kecik)
1 biji telur
1 sudu kecil minyak sapi
(Minyak biasa pun boleh, saya guna sapi, sebab baunya harum sikit...)
garam secukupnya
2 cawan air
Serbuk kunyit (sikit je jgn banyak...untuk kuningkan tepung tu je...)

Caranya:
Campur semua sebati, mcm nk buat lempeng tu, agak2 bila kita angkat sudu tu adunannya jatuh licin tak putus2 dah ok lah tu.... Pastu ketepikan jap.

b) Bahan untuk Lauk & Aksesori:

200gram daging/ayam - dikisar
(saya guna daging cincang Ramly)
2 labu bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih - cincang

1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
(Nnt adjustla rasa dan bau ye..ada org suka bau kari kuat sikit..ada yang nk rasa rendang...jd ikut selera...)

garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang tadi hingga wangi dan kuning
2. Pastu, masukkan rempah kari dan rempah rendang..
3. Kacau sampai pecah minyak. Masukkan daging cincang, masukkan air secukupnya hingga daging masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.
5. Masak sampai daging jadi pekat, sebabnye nnt nak letak dalam adunan tepung tu, klu tak cukup pekat nnt daging n tepung tu berenang bersama plk. Lagi satu, minyak pun guna ckup2 je tau, klu terlebih nnt kuih cara nmpk berminyak :p

Dah siap inti, ketepikan jap...

Aksesori : Chese petak yang biasa tu, Daun sup dan cili besar untuk tabur2 kat atas kuih cara selepas siap.

Proses men-cara berlauk:
1.  letak sedikit mentega dalam acuan
2.  Masukkan adunan tepung setengah acuan, pastu masukkan inti daging di tengah tu, pastu adjust la nk bagi daging          tu nmpk kat ats kuih tu nnt...

* Cadangan saya, jgn ttup penuh ng adunan tepung, biar nmpk inti daging kt atas tu baru la nmpk menarik hihii

*Hiasan kuih cara, saya letskkan potongsn cili dan cheese. Cheese tu dipotong memanjang dan nipis2, susun atas kuih cara tu...ikut suka la...klu xbubuh pun xpe... Saya saja bubuh untuk hiasan.

3.  Pastu ulang proses men-cara sampai habis. Bila dah siap, kita bakor kita bakor! Hihii jgn kama biasa2 je... dlm 5-10 minit atau hingga adunan tepung tu masak.

* tips untuk tau adunan tu dah masak ke belum, cucuk ng lidi kat tepi tu, klu masa angkat lidi tu licin je, maknanya udah masak. Boleh la angkat utk dihidangkan.

Selamat Mencuba :D

Sumber : CA Dari Duniaku

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Most Welcome