, , ,

Pop Corn Karamel Seedaapp Resipi

6/23/2015

Pop Corn karamel ni memang sedap dan pastinya kalau saya yang try mesti syaratnya mudah dan mudah....hahaaa

Maklumla masih lagi amatur dalam dunia masakan ni kan.. Tapi percayalah ianya mudah dan disukai seisi keluarga. Semasa proses membuat Pop Corn Karamel ni, bau nya macam duk kat wayang tu...tengah order popcorn Hehehee betull tak tipu...

Nnt lepas siap popcorn boleh bawak ke depan Tv tngk movie...klu tengok dengan anak saya Zuyyin tu, musti kne tengok Upin Ipin...hihiii

Jadi moh salin bahan2 popcorn yang sedap ni...

Bahan PopCorn:

Bertih jagung secukupnya
Sedikit minyak

Cara-cara:

1- Letakkan bertih jagung kedalam periuk bertutup, cukup sekadar penuh kat tapak periuk tu dan letakkan minyak sedikit cukup sekadar semua bertih kena minyak
2- Tutup kan periuk dan hidupkan api sederhana besar dan tunggu nnt bertih tu meletup pop pop dengan jakunnya (saya lah tu :p)
3- ketepikan dalam bekas, jgn terus tutup sebabnya kan masih panas.

*Tips, jangan bukak tutup periuk sehingga bunyi senyap tau, klu x...nnt terlompat keluar plk popcornnya...

Bahan kuah karamel:

Butter
Gula
Susu pekat
Sedikit Nescafe / serbuk milo
(Kalau tak bubuh pun xpe..untuk perasa je...)

*bahan2 ni sukatan ikut la citarasa ye...ada org suka manis lebih jadi bubuh la gula n susu pekat lebih dan ikut juga popcorn nya banyak mana ya...

Cara-cara:
Debgan menggunakan periuk atau kuali yang agak lebar (sebab nanti nak terus tuangkan popcorn kedalam kuah ni), masukkan semua bahan dan kacau sampai mendidih sikit dan bertukar color koko sikit...kuah akan nmpk pekat. Dah siap :D

*Tips, guna api perlahan je tau supaya tak hangus pulak gula tu...

Cara men-sira Popcorn:
1- Masukkan popcorn kedalam Kuah karamel yang dah siap tadi dan gaul rata. Nanti nmpk macam popcorn basah sebab kuah tu kan ada butter. Jgn risau mmg cmtu...hihii
2- pastu, bakar dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 120'c.

*Tips membakar, ratakan popcorn dalam dulang oven yg dah di lapik kertas minyak dan bakar hingga nmpk popcorn jadi color coklat sikit, tu tandanya popcorn sudah garing dan rangup. Pastu boleh la enjoy! :D

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Most Welcome