Koleksi Shopping di Shopee 9.9 Sale

Shopee Oh Shopee!!

Boleh jadi rambang mata tau bila dok tengok barang-barang di Shopee. Lagi pulak ada promotion 9.9. Dapat Free Shipping kalau beli lebih RM9. Ya min RM9 je dah dapat Free postage.

Yang lebih best nya lepas beli kita akan dapat coin. Dengan coin ni boleh di tukar menjadi RM. Setiap 1coin bersamaan 1sen.

Nak kumpul coin senang je. Kalau beli dalam rm20 dah dapat 19coin. Main game shopee, contoh nya, game yang paling femes, Shopee Goyang. Goyang goyang dapat coin, hahah Coin ni boleh di gunakan masa checkout. Dapat harga kurang skit dan jimat. Syokkan.. hehe

Biasanya barangan yang selalu menarik perhatian Siti ialah barangan kecik cute yang boleh di buat sebagai Free Gift untuk Birthday Zuyyin bulan 10 ni nanti. Boleh hadiahkan kepada kawan-kawan dia kan.

Cute Sequin Coin Bag



Inilah dia, Sequin Coin Bag. Cute kan... ada 7 pilihan color. Semua pun cantik dan color nya sama seperti yang di iklan kan. kualiti memang superb walaupun harga cuma RM1.50 aje kome. Masa Zuyyin dan Zahra buka parcel ni, terus mereka melompat-lompat sebab suka sangat main sequin tu. Sequin tu ada dua color kalau kita gerakkan nya.

Ini Coin Bag yang siti balut untuk hadiah pada anak kawan merangkap jiran juga... Cantik tak..hehe 

Mini Rechargeable Phone LED Selfie Ring Light


Siti beli LED Selfie Light ni dengan harga cuma RM5 aje. Banyak jugak kegunaan nya terutamanya kalau anda suka berselfie dan Life di FB atau ber-Vlog. Sangat mudah di gunakan dan cahaya nya tak silau kan mata dan tak terlalu cerah sampai muka nampak pelik. haha

Telekung Arafah Lace


Telekung ni unuk Zuyyin sebenarnya, tapi si kecik Zahra ni yang nak pose dulu😅


Telekung Arafah Lace ni harga nya cuma RM13.50 je. Siti beli untuk Zuyin satu dan untuk diri sendiri. Boleh la buat tambahan telekung dan tukar semasa membasuh kan. Kain nya tak nipis dan tak tebal. Sesuai dengan harganya. Tak panas dan selesa di pakai. di bahagian kepala ada lace yang elok duduk terletak kat muka. labuh kain pun elok. kalau anda nak buat telekung tambahan boleh la dapatkan telekung Arafah Lace. Ada banyak pilihan warna mernarik. 

Poster Canvas Flower





Poster Canvas lukisan bunga dan tulisan khat ni Siti suka sangat. Cantik sangat. Cun sangat. Sejuk je mata melihatya... (haha dah suuka sangat la ni) gambar ni nak letak di bahagian tangga. Insyallah nanti Siti kongsikan bagaimana kami gantung kan nya. Tak sabar nak lihat hasil nanti.

Dan sebenarnya ada lagi ni yang Siti beli. Hua hua...shopping di Online ni bukan sahaja mudah, malah jimat masa, tenaga dan tak yah nak gaduh dengan anak2 mak nak ke kanan anak nak ke kiri... Hihii

Sekarang ni Shopee dengan buat Sale dengan Mr. Diy. Harga serendah RM1. Huish berpeloh poket nengok nya ooii.... O

lah, nanti kita cerita pulak pasal MR. Diy sale ni ya. Banyak jugak dah masuk list tu, Plastic sampah, span cuci pinggan mangkuk, spanar, Raket budak, Toys haha

Korang mesti lagi banyak kan...nanti share la kat komen tau, mana tau kita pun berminat jugak.. ahaks. Ok jumpa lagi..



No comments:

Post a Comment