Butter Prawn Sedap Sangat Gerenti Jadi 200%

Udang kalau di buat Sambal bersama Petai dan makan dengan nasi panas atau pun nasi lemak, Pergh! Memang sodap ba ituu..

Tapi kali ni Siti nak buat Udang masak Butter atau lebih femes di sebut Butter Prawn. 

Resipi ni Siti lihat di Utube Channel "Buat Orang Lapo". Memang kalau tak de idea nak masak apa, Siti suka membelek Channel ni untuk mencari ilham. Lagi pun penerangan dan bahan yang di gunakan biasanya mudah dan untuk Amateur macam Siti ni boleh je buat. Hehe

Resipi ni memang menjadi dan mendapat Markah tertinggi dari Mr. Husband. Haha

Jadi, jom Siti kongsikan Resipi nya supaya Next time, kalau lupa boleh Siti rujuk semula di sini. 

Resipi Butter Prawn Sedap Sangat


Bahan untuk Sarang Telur:

3 biji kuning telur sahaja

1 cwn minyak masak

5 sudu besar butter

Cara-cara:

Panaskan butter dan minyak sehingga panas betul.

Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur jangan sampai kembang tau. Just bagi rata je.

Angkat tinggi mangkuk tu dan tuangkan ke dalam minyak dan butter yang dah panas dan cair tadi sambil kacau minyak dan telur tu dengan gerakan membulat menggunakan senduk bulat atau chopsticks.

Tujuan angkat mangkuk tinggi tu supaya kuning telur tu turun masuk ke minyak dengan nipis je. Maknanya kita bukan tuang segedebuk macam nak buat telur dadar tu tau. Tuang pastikan ia berjalur  halus baru sarang nya  jadi halus dan nipis macam dalam gambar tu.

Biarkan telur garing seketika dan angkat ke dalam tapis untuk toskan minyaknya. Ketepikan.  

Guna tapis besi tau jangan pulak guna tapis plastic, nanti jadi macam ni.. hahaha tangan ni main sambar je, haa ini lah jadiknya . Maka usah di tiru...ngeh ngeh


Masa goreng sarang ni, kuali akan penuh dengam buih, jangan terlejut pulak tau.  Ia memang sepatutnya camtu, jadi usah risau. Teruslan kacau sampai nampak color koko tu dah garing la tu. Boleh la tapis macam di bawah ni.



Bahan Udang:


250g udang

2 sb serbuk kari

1 sb tepung jagung

Garam

2 sb butter

3 ulas bawang putih

1 tangkai daun kari

3 biji cili padi

1/2 cawan susu cair (lebihkan jika mahu kuah banyak)

Garam secukupnya

Serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara:


Perapkan udang dengan serbuk kari, tepung jagung dan sedikit garam.

Goreng sebentar sampai masak dan garing kemudian ketepikan. Ini untuk menggaringkan udang. Siti guna tepung Bestari. Lagi senang dan rangup macam udang tempura. 


Dalam kuali yang sama, panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan daun kari dan cili padi, goreng sehingga sedikit garing.

Masukkan susu cair dan biarkan mendidih

Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata

Hidangkan Udang dalam mangkuk dan taburkan dengan sarang telur tadi. 

Dah siap, jadi lah rupanya begini.



Untuk lebih jelas cemana nak buat sarang butter prawn, boleh lihat di sini


Kredit to : Utube Channel Buat Orang Lapo.

Selamat mencuba.


2 comments:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66 (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete