Di zaman yang serba moden ni, segalanya nak cepat, nak laju, nak updated nak macam2 lagi. Jadi kerja rumah pun nak kena laju jugak. Ohooo
Pernah tak sampai kain baju tu menggunung sebab tak berlipat. Nak cari baju dan seluar kecik pun payah nak jumpa....
Kalau ini yang terjadi, haaa saya ada Tips untuk setlekan kerja mendobi dan pengurusan kain baju supaya kekal kemas dan teratur walaupun sibuk dengan jadual kerja dan kerja2 rumah yang lain.
Cara ini memerlukan kerjasama seisi keluarga. Kata rumah ku syurga ku kan... Jadi semua orang perlu la memainkan peranan masing2, barula hidup bahagia.
Tips pengurusan membasuh:
1. Pastikan semua orang dalam rumah menterbalikkan baju dan kibas kibas kan (macam kita nak masuk mesin tu ..) sebelum di masukkan ke dalam bakul. Ini kerana jika buat sikit sikit takdela terasa sangat kan, berbanding jika nanti masa nak membasuh kita nak kibas kibas masa nak masukkan kedalam mesin basuh dan masa nak lipat kita kena terbalikkan satu per satu. Jadi ini dah jimat masa membasuh dan melipat nanti.
2. Asingkan bakul baju kerja, baju anak2, pakaian dalam. Atau asingkan baju kecil dan baju besar. Ini bagi menjimatkan masa memilih pakaian masa nak membasuh nanti. Jika asingkan mengikut jenis, nanti masa nak membasuh terus ambil bakul tu tuang kan dalam mesin, haa kan senang.
3. Untuk baju kerja basuh hari jumaat, sebabnya, kalau basuh hari2 pun bukannya kita nak pakai dah esok nya kan? Hihii jadi basuh hari jumaat.
4. Untuk baju anak-anak, baju baby dan pakaian dalam boleh la di basuh setiap hari atau selang sehari. Lagipun, pakaian ni kecil dan lagi mudah nak diurus. Lebih banyak baju boleh di basuh, kerana saiz nya yang kecil, dah jimat ruang dalam mesin basuh berbanding jika kita campur baju besar dan baju kecik. Betul kan?
Tips menyidai & melipat kain agar lebih cepat:
1. Ok, tiba masa menyidai. Masa menyidai ni terus pakai hangger. Untuk baju kurung misalnya ada 2 helai kan, satu helai kain dan satu helai baju. Jadi gantungkan seperti kita nak simpan dalam almari tu, jadi nanti kering terus angkat dan terus simpan dalam almari. Hehee kan mudah, tak de la ambil masa lama2 menyusun kain. Jangan risau saya dah buat lama dah cara ni dan tak pernah pulak baju kurung saya tak kering. Hihiii baju kurung bukanlah tebal sangat. Betul?
2. Bagi baju kemeja pun buat step yang sama. Sidai menggunakan hangger dan buat macam kita nak simpan dalam almari tu. Haaa nanti kering terus angjat dan masukkan dalam almari. Hehee mudah kan? Jimat masa :D
3. Untuk baju kecik kecik, kalau nak pakai hangger pun boleh, nanti kering terus angkat simpan...hehe masa nak mencari baju pun boleh dikurangkan. Tapi, kalau tak boleh gantung, sidai mengikut jenis. Pakaian dalam, sidai sebaris. Baju baby sidai sebaris. Nanti dah kering terus angkat dan lipat mengikut jenis. Sebabnya, andai kata xsempat melipat tu, kita letakkan di tepi pun, kita still boleh mencari dengan cepat sebab kita dah tau mana baju baby, mana pakain dalam...hehee jadi takdela kalut sangat tercari2 mana pulak sependa si A, sependa si B....kikikii tapi adalah lebih baik jika lepas angkat terus lipat. Tapi saya faham, kadang2 mood melipat selalunya kelaut je hahahaaa jadi kalau nak malas pun kena la cerdik sikit, supaya tak terganggu tugas yang lain pula...hihii
4. Untuk stocking pula, macam biasa sidai siap2 sepasang, nanti dah kering, terus gulung2 dan simpan. Hihii
5. Untuk towel, cadar, selimut...no choice sebab memang kena sidai camtu je kan...tapi jangan risau, sebab nya bukan setiap hari kan basuh cadar :D hihii
Haaa nampak tak, kita dah jimatkan banyak masa, ruang dan tenaga untuk membasuh, menyidai dan menyusun pakaian. Hihii...
Tips Melipat agar lebih mudah:
Mood melipat memang asyik kelaut dan kadang kala ambil banyak masa kan? Jadi buat step yang boleh kekalkan motivasi untuk melipat.
1. Caranya lipat yang besar2 dulu, macam cadar, towel, kain pelikat, kain batik, selimut dan sebagainya, itu dah kurangkan yang membukit tu. Haa rasa macam dah nak siap kan? Hihiii
2. Lepas tu, lipat baju yang kecik2. Kalau baju baby dan anak2 tu, lipat kan sepasang terus, baju dan seluarnya supaya nanti nak mencari tu takdela kalut sangat, sekali ambik je terus sepasang. Haa kan mudah.
3. Lepas tu lipat baju, seluar dan seterusnya. Jadi masa lipat tu dah kemas dan siap terasing baju dan seluar tinggal angkat dan susun je :D
Mudah kan? Hihii selamat mencuba dan jadikan altiviti 'mendobi' aktiviti yang mudah dan menyeronokkan. No stress, No kedut-kedut di wajah :p
Ok, lagi satu Tips untuk pakaian lebih wangi yang tahan lama dan cucian bersih yang berkuasa boleh la cuba pencuci Shaklee. Boleh sidai bawah tempat redup atau dalam rumah tanpa bau hapak.
Harga? Mesti lah berbaloi.
Wassap Siti 019-552 2329