Cara Tanam Buah Harum Manis dari Biji Benih Step By Step

Assalamualaikum semua pembaca. Harini Siti sangat excited nak share tentang bagaimana menanam buah mangga dari biji benih. Maklumlah ni kira first time tau Siti menanam.

Selama Tempoh PKP yang hari ini telah pun memasuki hari ke 51, membuatkan Siti belajar banyak perkara. Dan ini termasuklah menanam pokok. 

Tak pernah terfikir pun Siti akan menanam... dan tak pernah buat pun... Tapi di sebabkan ada banyak masa terluang ni tiba-tiba teringin pula nak menanam.

Husband memang suka buah mangga. Tak kisah la mangga apa pun, janji rasanya manis. Alang-alang dah beli buah Harum Manis yang rasanya memang la manis dan lemak berkrim cukup rasa maka adalah lebih baik Siti cuba menanam nya.

  Manalah tau kan, suatu hari nanti ia bakal berbuah. Boleh la makan bersama keluarga atau di buat Pulut Mangga. Oh! Favorite tuu... Siti ada buat entry resipi pulut mangga sebelum ni. Boleh klik di sini untuk lihat.

Oleh itu, di sebabkan ilmu menanam yang sedikit atau hampir tiada (hahahaha) maka Siti pun mula lah meng-google cara-cara tanam buah mangga dari biji benih. 

Selepas melakukan sedikit pembacaan dan pemerhatian maka terhasillah anak pokok mangga pertama yang Siti tanam dengan mengunakan kaedah mudah tanpa tanah. Sesuai sangat dengan Siti...hahaha. 

Jom lihat cara-cara nya supaya nanti lain kali kalau ada beli buah mangga tidak lah di buang terus biji nya..boleh di tanam.

Sebelum tu, anak Siti, Zuyyin ada mengingat kan bahawa, keperluan biji benih untuk bercambah ialah, Udara, air dan suhu yang sesuai. Dia cakap dengan gayanya. Baru darjah dua. Dalam subjek sains ada ajarkan tentang percambahan biji benih. Jadi jom kita buktikan nya. Zuyyin pun bersemangat.

Step By Step Menanam Buah Mangga dari Biji Benih

1. Selepas buah mangga habis di makan. Biji buah mangga di jemur di tempat redup untuk di keringkan selama 2-3 hari.

Rajah 1. Di dalam gambar ni, Siti dah siap keringkan selama 3 hari.


2. Selepas di kering kan, cuba kopek dari bahagian tepi dengan berhati-hati. Jangan sampai terbelah pula yang di dalam tu tau. Nanti anda akan terjumpa satu lagi biji benih yang sebenar di dalam nya. 

Biji benih yang ni lah yang kita tanam. Bukan yang seperti di Rajah 1. 

(seriously Siti pun baru tau yang ni..  ingatkan terus je tanam biji macam dalam gambar atas tu...)

Rajah 2. Ini lah biji benih Buah Mangga yang berada didalam selaput keras seperti di rajah1.

3. Ambil dua helai tisu bersih dan basahkan kemudian perah untuk buang sikit airnya. Kita tak mau tisu terlalu basah. Cuma lembab-lembab je. Balutkan biji benih. Biji benih ni kita rendam sekejap di dalam air supaya ia lembab sikit.  Lepas tu, masukkan di dalam bekas bertutup. Siti letakkan di dalam bekas plastik camni...

Rajah 3. Biji benih di balut dengan tisu lembab dan di simpan di dalam bekas plastik.


Rajah 4. Simpan kan di tempat gelap dan lembab. Jauh dari cahaya matahari. Siti letakkan di dalam rak di stor. Lepas masukkan ke dalam bekas plastic tadi Siti masukkan di dalam kotak kasut biru tu.

Biarkan 4-5 hari. Jangan buka tau... Nanti dia malu nak tumbuh... Hahaha.. tak taktau la kenapa.. tapi petua nya camtu. 


 Rajah 5. Selepas 5 hari biji benih dah mula keluarkan akar. Yeay!! Ini menandakan anda telah berjaya mencambahkan biji benih. Semestinya dengan izin Allah s.w.t jua. 

Siti sooo excited!! 

Siti pun buat lagi untuk 2 biji benih. Kebetulan ianya jatuh pada 1 Ramadhan. Jadi insyallah kalau ia membesar, nama pokok ni akan di namakan, Harum Manis Ramadhani. Hihi

Rajah 6. Biji benih Buah Harum Manis ke 2.

Rajah 7. Biji benih Buah Harum Manis ke 3

4. Selepas biji benih dah mula berakar, kita pindahkan biji benih ke dalam bekas berisi air seperti di dalam Rajah 8.

Ambil botol minuman saiz kecil dan kerat sikit di depannya untuk di jadikan corong. Buat supaya ngam dengan biji benih.

Tujuannya adalah supaya biji benih tidak jatuh tenggelam di dalam air. Kemudian cucuk dengan lidi camtu supaya dia tergantung di atas air camtu... (Lihat pada gambar di Rajah 8)

Siti balutkan dengan tisu dibahagian bawah sebab tak nak dia tercedera... ( Haha apala aku ni... Kalau rasa tak perlu tak yah buat step yang ni tau...)

Rajah 8. Pindahkan biji benih yang dah berakar ke dalam bekas berisi air.


Rajah 9. Kemudian simpan di tempat yang gelap. Siti simpan di dalam kabinet dapur, supaya senang nak intai. Hehe

Kemudian tunggu 4-5 hari hari lagi. Sekali sekala jenguk la, kalau air macam keruh boleh salin kan dengan air baru. Siti guna air coocko. Bagi minirel sikit. Eh.. 


Rajah 10. Selepas lima hari kelihatan ada daun yang sangat comel telah muncul keluar. Alhamdulillah. Excited sangat bila nampak daun ni tau. Dah ada bau mangga. Gambar ni di ambil pada waktu pagi.

Rajah 11. Pada hari yang sama, bila Siti jenguk di waktu petang, terkejut melihat kan daun nya kelihatan bertambah tinggi. Cepat sangat kan. Jadi Siti pun pindahkan yang satu ni ke rak belakang rumah. Tapi masih lagi pada cahaya matahari yang redup. Tak terkena cahaya matahari direct.

Selepas Lima Hari...

Rajah 12. Ini biji benih yang pertama tadi. Selepas lima hari ia mengeluarkan daun pertama yang comel, kini dia sudah bertambah tinggi dan kuat serta ada lagi satu cabang daun. Nampak tak yang kecil di tepi tu... Cooomel sangat.

Sementara itu, biji benih mangga yang di beri nama Harum Manis Ramadhani juga telah mengeluarkan daun comel.

Rajah 13. Ini dari biji benih yang kedua. Juga sudah mengeluarkan daun pertama yang comel. Seroonoknya macam bela baby pulak.


Rajah 14. Ini dari biji benih yang ke tiga. Yang ni laim sikit. Daun nya keluar di banyak bahagian. Jadi mungkin sebab tu dia rendah sikit dari yang lagi satu kan .. entahlah... Janji kau hidup...wahhh

Selepas dah berdaun ni, kita kita boleh pindah kan di luar tapi di kawasan yang redup sahaja.

 Kita akan pindahkan ke atas tanah selepas akarnya dah kuat.

Insyallah, nanti jika Siti berjaya pindahkan ke dalam tanah, Siti update lagi sini ya.... Tungguuuu...

Jumpa lagi di lain entry. Daaa..

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini




No comments:

Post a Comment