Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua Mommies yang penyayang. Hari ini saya sangat teruja nak berkongsi cerita mengenai Aumtumnz Serene Double Electric Pump. Saya beli di PumpOnTheGo cawangan Bangi.
Niat asal sebenarnnya nak beli Malish Ilaria tapi kebetulan pada waktu tu tak de stock maka ku cepat-cepat cari kelebihan pump yang lain dan akhirnya memang jatuh hati dan tak ber patah balik pada yang asal tu. hehehe
kenapa? apakah beza nya?
Dari segi harga:
Malish ilaria dan Autumnz Serene tak jauh beza. Autumnz Serene mahal rm20 je camtu..
Malish Ilaria, rm399
Autumnz Serene, rm420
Dari Segi Bunyi:
Autumnz Serene lebih senyap sunyi. Sesuai nama nya Autumnz. Tenang je. Malish Ilaria bunyi nya kuat sikit.
Dari segi Saiz dan Berat:
Autumnz Serene jauh lebih ringan, kecil dan comel je. sebesar botol Nutela 350g yang kecik tu).
Malish Ilaria lebih besar dan berat sikit. Mungkin kerana Malish Ilaria ada dual motor untuk control kiri dan kanan. Manakala Autumnz Serene satu motor control kedua belah kiri dan kanan.
Dari Segi Power Suply:
Autumnz Serene, boleh guna Direct power atau Rechargeable bateri. (sesuai untuk ibu yang selalu travel)
Malish Ilaria, cuma guna Direct power saja. (sesuai juga untuk ibu-ibu yang memang biasa guna direct power, sesuai nama nya yang heavy duty pump)
Dari Segi memory:
kedua nya pun sama. Boleh set memory. Untuk 2nd time mengepam, tak yah nak tekan-tekan, on je dia akan ikut macam yang sebelum nya. kalau nak edit pun boleh.
Dari segi Suction Level:
Autumnz Serene sampai level 6
Malish Ilaria sampai level 9
hehehe nanti dulu dan lihat lagi perbezaan nya, walaupun Autumnz Serene cuma sampai level 6 saja, tapi ia ada 3 Pumping Mode.
ini yang buat kan saya jatuh hati padanya.
3 Pumping Modes :
- Massage Mode
- Expression Mode
- Power Expression modes for effective & Efficient pumping
*Massage mode will operate up to a maximum 2 minutes. After 2 minutes, it will automatically switch to expression/power expression mode, depending on the last mode you were in before powering off in previous pumping
Massage Mode, ini untuk mengurut payudara dan stimulate pengeluaran susu ibu sebelum mula mengepam. Boleh adjust berapa lama nak massage. kalau 2 minit dah ready, ibu boleh switch ke expression mode untuk mula mengepam. boleh juga adjust kekuatan mengurut tu sampai ke level 6, ikut kesesuain mommies ya.
Expresion Mode, apabila payudara sudah ready untuk mengeluarkan susu, tekan mode ini. Boleh Set berapa lama dan kekuatan nya hingga ke level 6. ikut kesesuain mommies juga.
Power Expresion Mode, ini yang Malish Ilaria tiada. Semasa kita mengepam, kadang kala kita mahukan kekuatan sedutan yang lebih lama. Maka tekan mode ini untuk adjust kekuatan nya. Sedutan nya kan lebih lama dan panjang sedikit untuk pengeluaran susu ibu yang lebih efetive dan lebih cepat ibu mengosongkan payudara. kekuatan level juga hingga ke level 6. ikut kesesuaian mommies nak berapa kuat.
jadi itu lah sebab nya saya pilih Autumnz Serene. Harga berpatutan dan ada 3 Pumping Mode. Untuk Malish pula mungkin ia tidak perlu Power Expresion kerana ia ada hingga ke level 9 kan....
Jadi usah pepening lagi nak pilih mana, kerana bagi saya kesemua Breast pump menawarkan kelebihan dan kebaikan yang sama iaitu membantu ibu menghasilkan susu buat si manja. Ibu harus lah buat sedikit penelitian mengenai apa kriteria yang perlu di ambil berat sebelum membeli. Supaya tidak lah nanti tersalah beli dan rasa tak sesuai pula... lepas dah tahu apa yang di ingini, apa lagi, sediakan lah duit secukup nya...hihii selain itu yang paling penting adalah disiplin ibu dalam memperjuangkan penyususan ekslusif 2 tahun.
Ibu Harus sentiasa mengosongkan payudara agar ada Suply and Demand. Konsep Utama untuk menjaya kan penyusuan Ekslusif 2tahun. Selain itu, ibu juga harus menitik berat kan pengambilan air secukupnya, makanan seimbang dan pertimbang kan juga pengambilan Suplement yang menyokong penyusuan supaya tubuh ibu kekal bertenaga dan cukup sihat untuk memenuhi keperluan si manja anda.
ini kerana, semasa proses menyusu, ibu akan mengeluarkan banyak nutrien dari tubuh badan dan jika tidak menjaga pemakanan dan mengambil supliment untuk cover semula nutrien yang hilang dari tubuh badan, ibu akan lemah, tak bermaya, cepat marah, moody, mood swing, tulang rapuh, lenguh sana sini dan sakit belakang, keguguran rambut dan gigi, stress dan ini semua akan menyumbang kepada penghasilan susu yang sedikit atau susu merudum sebelum sampai 6 bulan pertama... paling menakutkan jika berat badan pula bertambah kerana di katakan ibu menyusu perlu makan dengan jumlah yang banyak...uhuhuuu mengerikan...nanti mula lah terkumpul lemak di kiri kanan pinggang... uhuhu no no no...
Ok, terpanjang pula membebel...jom kita teruskan lagi penjelajahan Double Breast Pump Autumnz Serene kita :D
Ok, Ini yang saya beli dari PumpOnTheGo dengan pakej.
Pump rm420 + rm50 pakej
Pakej:
1 x Vcool Cooler bag
1 x Ice Brick
6 x Storage Bottles
Apa yang ada di dalam kotak tu? haa ini lah dia nya..
Waranty 1 tahun untuk pump dan 6 bulan untuk bateri rechargeble. Kat dalam tu ada extra Valve. Ini mungkin kerana biasanya si valve ni suka sangat terkoyak kan. jadi dia bagi dua. hehehe
Ia juga di datangkan dengan dua puting yang fit pada botol pump tu. jadi lepas mengepam boleh la tukar tutup yang ada puting dan bagi terus ke baby. kalau nak beli lagi botol yang fit dengan Autumnz Serene pump, mommies boleh la beli Storage botol Autumnz wide neck.
Saya ingat nak beli botol tu, jadi nanti boleh bagi kat pengasuh kan. Maka pengasuh tak yah la nak transfer susu dari storage bottle ke botol susu, Pengasuh just tukar penutup aje dan boleh terus bagi baby minum susu. hmm..gud jugak idea ni kan..ke kome ada idea lain..(ini kes nak jimat space dan kos beli botol susu hehe)
Lagi satu, rupanya puting autumnz ni sangat lembut dan selesa. pegang je pun dah rasa syok. Nasib la tak beli lagi botol susu yang comel-comel banyak di pasaran tu..aduh..pejam mata je dulu i ni....ahaks. Jadi buat smeentara ni, jangan membazir kan puting dan botol tu, kita guna dulu botol susu autumnz ni. Nanti dah besar sikit dan minum lebih 5oz, baru lah nak tukar botol sus besar sikit kan dan masa ni nanti kita pening lagi nak pilih yang mana...hahaha, haa jimat kos di situ. musti en suami suka..kikiki
lagi apa ya,, haa tube tu, ada dua jenis. Ia boleh jadi Single pump dan Double pump. kalau nak buat kan ia jadi singgle, guna tube untuk single. Ini biasa nya kita guna kalau mommies nak pump serentak semasa baby menyusu direct. Jangan risau, baby tak kan terkejut sebab bunyi nye macam tak bunyi je... hahaha kalau nak guna double, maka pakai lah yang double tube tu. Ini kita guna masa kat tempat kerja lah atau semasa nak buat stock EBM... jangan risau sangat lah pasal tube ni, sebab nya nanti mommies pandai lah nak mengatur nya ye...
Ok, Seterusnya,
meh tengok besar mana Autumnz Serene pujaan hati ku ini..Lihat cuma sebesar Botol Nutella saiz kecil, yang 350g tu. Ringan, Comel tapi Berkuasa. Saya Suuka.
Kenapa Saya pilih bag Vcool ni??
Pertamanya, sebab ia comel dan ada color pink. hahaha saya suka color pink. Tapi jangan pandang pada kecomelan nya saja. Walaupun ia comel ia mampu memuatkan double pump tau. Lagi satu ia ringan dan nanti tak de la sarabut kat tangan, macam-macam nak pegang kalau bag nye besar sangat. Jimat Space jugak. Ahaks. Akak memang suka kalau jimat space ni, sebab tak suka kalau serabut serabut..nak lapang-lapang je...ngeh ngeh ngeh
Masa gambar ni di ambil, saya hanya terpandang kat penyembur nyamuk tu aje sebagai bayangan untuk mommies membayangkan besar mana la bag ni... haa nampak kecil je, Separuh Spray tu aje. cute kan :D
Sekarang mari lihat bagaimana saya memuatkan Double Pump dan botol nya dalam bag yang kecik ni, siap adapter sekali muat. hehehe
yang bahagian bawah tu susun botol dan ice brick dan tube camtu tu.
Di Bahagian atas, zip nya boleh di buka dari tepi bahagian luar dan juga boleh di buka dari bawah di bahagian dalam. Susun motor pump di tengah dan Funel pump di kiri kanan motor pump tu. Adaptor tu letak di tepi dan wayar nye susun bawah funel pump. haa dah muat.
Pump dan Adaptor tu di letakkan terbalik camtu, sebab nanti kan kita nak tutup dia, jadi pump dan adaptor nya akan menghadap ke atas lah selepas bag di tutup.
Tutup zip di bahagian atas tu
Tadaaa..Bag penyusuan sudah ready untuk di bawa ke tempat kerja.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan Set Suplement Penyusuan Shaklee dan cara makan yang betul untuk menysusu kan bayi secara eklusif, boleh la terus hubungi saya ya, Siti 019-552 2329