"Tuhan tak pernah makbulkan doa saya..."
Dulu saya percaya juga benda2 macam ni. Dulu like.. masa sekolah2 dulu. Bahawa memang ada orang bernasib malang di dunia ni. Buat apa pun tak boleh coz memang nasib dia dah malang. Ada orang nasib dia baik. Buat apa pun memang menjadi coz nasib baik.
Tapi makin menjejak dewasa... & experience it. Sebenarnya kita bukan hidup atas nasib. Kalau semuanya nasib, kita tak payah buat apa2 pun. Kalau nasib dah baik, tak payah belajar pun dapat A, tak payah kerja pun dapat duit. So kenapa nak susah-payah?
Saya ni kadang2 jai macam kaunselor tak bertauliah. Hehe. Sorry la ye. Mungkin sebab rupa ada suci, ramai yang nak share kerungsingan hidup dgn saya (hahaha), alhamdulillah. & I take it as satu tarbiah.
Bila ada seorang sahabat menceritakan tentang "Tuhan tak pernah makbulkan doa saya.."
saya tanya kat dia "Awak minta apa?"
Jawabnya... "Yelah, saya pun nak juga hidup senang, rumah besar, kereta besar, melancong.. saya pun nak. Tapi nasib saya selalu tak baik. Saya tak pernah dapat pun"
"Awak pernah minta ke semua tu?" Tanya saya lagi.
"Macamana nak minta?"
Ehhh dia pulak yang tanya kita.
Bila kita rasa Tuhan tak makbulkan doa kita.. cuba tanya diri sendiri dan jawab dgn jujur "AKU NI PERNAH MINTA (DOA) KE TAK?"
Kalau kita minta, Allah dah janji dah akan beri. Kalau kita betul2 minta, even if tak dapat kita tak frust coz kita yakin ada yang lebih baik.
Kita nak Tuhan makbulkan hajat kita... tapi... KITA PERNAH MINTA KE TAK?
Fikir kan lah...kemudian minta lah padanya...
No comments:
Post a Comment