Khasiat air Kunyit untuk kecantikan dalaman dan luaran Wanita

image
Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa dan madu atau gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew tau. Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Pendek kata macam jamu la.. Hihii
Kunyit yang biasa kita tahu selalunya digunakan bagi melazatkan makanan tetapi khasiat kunyit lebih lagi dari pelazat makanan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. Menghaluskan kulit wajah. Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Selain fungsinya untuk kecantikan wajah kunyit juga berkhasiat untuk khecantikan dalaman wanita.
Fungsinya: mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baaanyak lagi hehee
Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkn luka.
Caranya:
1. Blender ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5gelas air masak
2. Tapis airnya
3. Campurkan sedikit air Asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
3. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut2 selepas darah nifas bg org bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum skali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum hihiii.
Macamana rasanya?? Hihii psstt...rasenye best jer sebab ade asam jawa rase masam manis tu yang buatkan bertambah rase ummppp:)
Kalau suka masam tambah la lagi air asam jawa. Kalau suka manis tambah la lagi madu atau gula meraj..hehe tapi jangan la manis sangat. Tak dela pulak jamu manis kan.hoho
Ok, selamat mencuba. Kalau nak cuba Set Kecantikan Shaklee pun boleh...hihii
Click link sini untuk lebih kecantikan:
Set Kecantikan Shaklee

2 comments:

  1. adoiii... penat gelak part yg "asalkan minum..hihihi.." anyway, thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. saya tgh amal jus kunyit ni..mmg segar badan

    ReplyDelete