Bila sinki atau lubang lantai yang bawah sinki tu tersumbat pening la kepala mama memikirnya...nak masak, membasuh pun tak de mood kan ..jap g nak basuh...udah bannjir pulak....
Pastu, bagi tau kat pak nya ..kita pun pergi la ke MR.DIY cari-cari apa yang boleh membantu. Dalam idea ni sebenarnya nak g carik yang pelocok tu ...tapi kami jumpa yg lagi canggih, murah pulak tu. Kata orang yang keje kat situ, "kak sekarang orang pakai yang ni, untuk sinki sumbat...takde dah pakai pelocok..." Haha. Samhaaa adeh, ye ke ..mana la akak tau kan...ni kira first time facing sinki dan lubang lantai sumbat hihii last facing masalah ni, masa kecik2 dulu...mak guna pelocok je...hahaha ok zaman dahh berubah ye... Jadi kami beli, yang ni, namanya, Shui Ling Long, buatan China, harga cuma rm10.90.
Mula-mala macam pelik, jakun pun ada...hahaaa tak pernah guna kan...jadi macam pelik sangat...
Cara guna sangat simple, perlukan dua orang, sorang pastikan ianya dalam keadaan lurus masuk kedalam lubang dan sorang lagi pusingkan yang merah tu ...nanti benda ni akan masuk dann bergerak sendiri kedalam. Ianya flexible dan boleh di bengkok kan, jadi tak de masalah nak lalu dalam saluran tu....pusingkan hingga semuanya masuk kedalam saluran, dan tarik keluar...cuba lalukan air dan perhatikan samada air masih tersumbat tak? Untuk kes saya, sekali buat ni terus tak sumbat lagi :D hebat betul!!
Cara basuh pulak, lepas kita buat ni, nanti ia akan berminyak dan ada kotor Sikit. jadi, cara paling senang dan tak kotorkan tangan, saya rendam Shui Ling Long ni dalam air sabun dalam baldi. Lepas 2-3 jam tu minyak pun dah kurang, gosok2 sikit, setlle... Memang mudah. Akak memang suka bab mudah2 kan keje ni...hehheh..
Jimat memang jimat. Hihii pastu apalagi, terus share kebaikan ni kepada semua. Supaya kita boleh cuba sendiri dan jimat!
Ok, selamat mencuba!
Ingat, jika Sinki atau lubang lantai tersumbat cari Shui Ling Long di MR.DIY, jika mahu cari Suplement kesihatan dan kecantikan, cari Saya :D, Siti 019-552 2329
No comments:
Post a Comment