Resipi Pulut Mangga ala Thai


Pulut Mangga Harum Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca budiman sekalian. Bertemu kembali di entry ini dengan Resipi kegemaran ramai, Pulut Mangga Harum Manis. Ewah... 

Siapa suka Pulut mangga?? Rasa nya ramai yang suka dan ada juga yang suka tapi tak dapat nak makan sebab takut pulut ni "berangin".... Jadi, makan tu buleh..cuma jangan la banyak sangat ya... beringat la sebelum kena.

Syarat untuk Pulut mangga yang sedap bagi Siti ialah terletak pada Pulut dan kuah santan nya selain pada mangga yang manis. 

Pulut nya mestilah lembut, harum dan ada rasa manis sikit. Kuah mesti ada rasa masin sikit dan tak pekat sangat atau cair. Sedang-sedang aje.. gabungan pulut manis dan kuah lemak masin ni lah yang membuat kan hati terpaut padanya... Ewah..

Pada musim PKP ni kan...mana nak cari pulut mangga... Biasa ada di jual di gerai ala  Thai di Giant atau Tesco... Tapi di sebabkan perintah kawalan pergerakan ni semua terpaksa tutup. Namun, selera Siti tidak pulam tertutup...hahaha. maka ku gigih kan diri mencuba sendiri resipi yang di rasakam mudah ini. Ternyata memang mudah cuma leceh sikit.

Di mana ada kemahuan,
Di Situ ada Jalan,

Dengan pepatah ini lah, maka terhasillah Pulut Mangga yang julung kalinya di buat oleh Siti...(sambil naik ke pentas dan orang ramai tepuk tangan... Berangan...)

Jom kita lihat bahan dan cara membuat nya.

Bahan-bahan dan Cara Membuat Pulut Mangga


Bahan Mangga:

1. 1 biji mangga, potong ikut selera anda. Simpan sejuk.

Bahan Pulut:

  • Beras Pulut 1 cawan, cuci bersih dan rendam semalaman supaya lebih lembut dan cepat di masa
  • Santan 1 cawan
  • Gula 4 sudu makan
  • 1 sudu kecil
  • 4 helai daun pandan
*Kalau suka bijan, boleh sangai kan bijan tanpa minyak. Siti tak letak yg ni.

Bahan Sos Pulut:
  • 1/2 cawan santan
  • 1 sudu garam

Cara membuat:

Siti tak de pengukus jadi Siti kukus guna aluminum foil dan di kukus dalam periuk biasa. Lihat pada gambar.

Sediakan air di dalam periuk besar dan letakkan besi camtu untuk letak bahan kukus. Panaskan air ni sementara siapkan bahan kukus.


Lipatkan aluminum foil jadi macam mangkuk dan lubangkan di bawah nya dengan menggunakam garfu. Hati-hati jangan sampai terkoyak tau. Nak bagi ada lubang sikit je. Lepas tu letakkan daun pandan yang di potong kecil atas lubang tu. Supaya nanti bila letak beras pulut tak de la bertabur dan pulut pun bau harum mewangi.


Susun beras pulut ke dalam bekas tadi dan masukkan ke dalam periuk untuk di kukus. Tak perlu tutup bahagian atas tu ya. 


Kemudian tutup periuk dengan kain. Kalau tak de kain besar nak balut penutup tu, guna je kain tudung bawal. 

Masa amik gambar ni baru perasan ada tanda Aj di Situ. Hihi.. tudung Siti banyak color pink, putih tak de... 

Pon boleh la kan... jangan guna yang turun warna suda...nanti warna warni pula pulut korang...huhu

Kukus lebih kurang 15minit. Kalau rendam sekejap, mungkin kena kukus lama sikit ya. Jadi untuk lebih penjimatan gas, lebib baik rendam kan aje semalaman.


Sementara tunggu pulut di kukus, kita siapkan bahan santan. Santan ini untuk di gaul dengan pulut selepas pulut masak.

 Masukkan 1 cawan santan, 1 sudu kecil garam dan 4 sudu makan gula. Masak hingga gula larut. 

 Jangan sampai pecah minyak pula. Api perlahan aje ya. Cuba rasa. Jika sedap rasa nya makna nya nanti pulut pun akan sedap. Di sini rahsia pulut menjadi sedap gebu dan lembuut aje.. Hmmm


Selepas 15minit, intai sikit... Pulut pun dah kembang molek. Kalau belum, sambung la kukus ya.

Masukkan pulut kedalam mangkuk dan tuangkan sedikit demi sedikit kuah santan tadi. 

Tujuannya di tuang sikit-sikit supaya ia tidak membuat kan pulut lembik, tetapi santan dan pulut jadi sekata. 

Kita nak santan dan pulut jadi mesra. Jadi jangan paksa-paksa ya...kenal kan mereka perlahan-lahan. Eh..


Bekas aluminum tadi jangan di buang, sebab kita nak kukus semula selepas gaul bersama santan. Letak pandan di atas pulut ya kalau suka. Tak nak pun tak pe. 


Untuk kukus second time ni, kita tutup atas nya tu.

Ala, potong je aluminum ikut besar sikit dari bekas ni dan lipat kan bahagian tepi supaya tertutup. 

Kemudian masukkan ke dalam periuk dan dan sambung kukus lagi 10-15 minit. 

Sebelum tu, pastikan air di dalam periuk tak tak kering ya..  kang hangus pulak periuk tu.. letakkan air di dalam tu untuk dapatkan kesan wap air tu. Kalau tak de air, nanti jadi kesan asap pulak. Hiho no no no...

Sementara tunggu pulut di kukus second time tu, kita siapkan Sos Pulut.

Masukkan 1/2 cawan santan dan 1 sudu kecil garam. 2 bahan ni je ya. No sugar for this time. Sebab kita nak kuah ni rasa lemak masin. Tadi pulut dah manis manis kan. 

Nanti gabungan pulut dan kuah ni... pergh...t dapat nak gambar kan dengan kata-kata...h Jauhari mengenal Manikam.. eh!

Kita masakkan hingga ia berasap sahaja ya. Rasa sikit, sedap ke idok. Kena ada rasa lemak masin ya. Dah ok, tuangkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.

Selepas 15minit berlalu, intai sikit, lihat adakah pulut dan dan dantan sudah cukup berkenalan dan mesra..? 

Kalau masih ada putih-putih santan, tu maknanya belum kawan lagi ya. Kukus lagi sikit.

Kalau dah sekata tu, boleh la di angkat keluar. Tunggu sejuk baru lah makan tau. Jangan la terus terkam je... Bawak bertendang...eh! Bawak bersabo...

Selepas sejuk boleh la di hidangkan begini. 

Cara makan nya, tuangkan Sos santan di atas pulut semasa nak makan tu dan gaul sebati. Dalam gambar tu belum gaul lagi, nak ambik gambar kan... Bagi dia posing gitu dulu... Haha

Kemudian, potong sikit mangga tu dan makan bersama pulut. Baca Bismillah dulu ya. Dan di sudahi dengan Alhamdulillah. Amin.

Selamat mencuba. 

Lepas makan mangga biji nya jangan dibuang tau. Try la tanam. Mudah saja tambah air... Eh!

Siti ada kongsikan Step by Step di sini Cara Tanam Buah Mangga dari Biji Benih. Jom klik sini.

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini




No comments:

Post a Comment