Hahahaa jangan memain dengan bebudak ni, kalau dah janji, diorg akan tuntut. Kikiikik untuk pengetahuan anak- anak ni baru berusia 5 tahun.
Jadi meh tengok sedikit info mengenai Laluan MRT Sungai Buluh - Kajang.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, merupakan sebuah projek pengangkutan di Lembah Klang. Pemilik nya ialah MRT Corp dan pengendali nya ialah Rapid Rail (Prasarana Malaysia). Projek ini diumumkan pada tahun 2006, dan merupakan sistem pengangkutan transit alihan laju. Projek ini adalah sebahagian daripada Projek Transit Aliran Deras Massa Lembah Klang dan telah dibuka sepenuhnya pada 17 Julai 2017 dengan rasmi oleh Dato Seri Najib Razak di Stesen MRT Tun Razak Exchange.
Apa lagi, jom kita terokai perjalanan Dari Kajang ke Sungai Buluh.
On the way ke MRT kajang. Kami parking kereta di Satay Kajang Emas dan jalan kaki ke MRT.
Menaiki escalator menuju ke kaunter. Masa ni tak de orang lain, cuma kami je. Jadi tempat ni nampak sunyi. Nak tau tak apa yang kami fikir...kami terasa seperti dalam cerita "Train to Busan" hahaha budak-budak ni siap baca doa takut ada zombi kat atas.
Token boleh di beli di mesin automatic yang telah di sediakan. Ada banyak jadi tak perlu risau kena beratur panjang. Kadar tambang Untuk kami, dari hujung ke hujung iaitu dari kajang ke Sungai Buluh, rm6.40 untuk dewasa. Harga yang sama juga untuk kanak-kanak berusia 9tahun ke atas manakala 9 tahun ke bawah adalah free. Senior Citizen/ pesara/ warga emas, rm3.10. untuk kategori ini kena beli Token di kaunter dan serta kan juga kad pesara/ ic.
Begini lah rupa token unuk naik MRT, saya ni udah lah first time naik MRT jadi perak jap dapat token untuk naik Train. Dulu-dulu kan pakai tiket...hihii last naik train camni, kalau tak salah pada tahun 2001-2002 camtu ..hihuu lama kan...kakaka jadi tolong jangan kecam ya. Hahaha
Ini lah dia nya laluan MRT Sungai Buluh - Kajang.
Semua pun muka ada senyum. Happy sangat dapat naik Keretapi. Masa ke sungai buluh, kami duduk di bahagian tengah.
Termasuk lah jugak baby Zahra ni. Memula naik ligat tak mau duduk diam, nak tengok juga pemandangan. Hihii tapi tak lama lepas tu, lena... hahaa
Lepas sampai di Sungai Buluh. Kita duduk jap sambil bersuafoto.
Kat sini, rasanya tak perlu risau soal makan, ke tandas dan Solat. Sebab di sini ada kedai bakery, toilet pun cantik dan bersih. Tempat tukar lampin baby pun ada. Surau juga cantik dan bersih. Di surau perempuan ada di sediakan telekung wakaf. Jadi no problem.
Ok, rasanya banyak dah banyak membebel kat sini, kesimpulan nye semua pun enjoy dari kajang ke Sungai Buluh. Di sebab kan satu perjalanan memakan masa 1jam 15minit. Pergi balik, jadi 2jam lebih, maka semua pun dah kelaparan hohohoo. Lepas turun dari MRT kita pun pakat la pergi makan Satay Kajang Emas sebelum balik. Nanti cuti-cuti boleh la kita berjalan lagi dalam train.. ngeh ngeh ngeh
Sekian terima kasih. Ada ke yang membaca nih... Hahaha kalau ada baca meh komen skit. (Emoji senyum simpul simpul.. hahaah)
No comments:
Post a Comment