Alaa cerita mak mak yang anak dia camtu camni.. haha supaya nanti jadi kenangan bila anak kesayangan mama lihat semula entry ini. Kalau lihat di gambar atas tu, rasanya nya nak jadi hijau ke biru? Hahaha
Ketahuilah, sepanjang mama membesar kan kalian segala nya indah, walaupun Kadangkala mama sikit lagi nak bertukar jadi Hulk sebab korang suka buat benda pelik-pelik, tapi bila di kenang kembali segalanya sangat melucukan tau. Masa tak mungkin akan dapat di putar lagi. Korang akan membesar juga....huhuu (Kalau boleh nak stop kan je masa, korang tak yah besar...)
Nik Zhafira Az Zahra bt Nik Azizon, nama di beri. Anak kedua dari 2 beradik (buat saat ni September 2019). Anak kedua korang cemana? Lain machem ka samachem? Haha
Kami panggil nya Zahra. Si Zahra ni umur baru 2y 6m, tapi lasak nya tu mengalahkan kakak dia, Zuyyin 7y.
Selain hobi dia memanjat pagar, pintu, meja, kerusi, lemari, tangga dan lain-lain.. Zahra juga ada hobi pelik iaitu suka conteng muka sendiri. Haa nasib muka sendiri ye.. kalau muka orang lain lagi haru biru jadinya..
Zuyyin suka melukis, dan paling suka melukis dan mewarna guna color magic dan marker. (Pensel color dia tak gemor, entah lah kenapa... Aduhai anak..).
Jadinya, bila Si kakak sibuk mewarna, ada pulak si kecik Zahra ni, datang dan bawak lari color kakak nya. Port dia nak main conteng muka ni, biasanya bawah meja, belakang kerusi, belakang pintu... Hahaa
Kalau dia lari di kawasan tersebut, haa mama kena la pegi mengintai... Apa di buat nya.
Tengok ni, wajah nya happy je dapat main conteng-conteng.. jap lagi nak basuh muka tu jangan nangis ye.. hahah
Sekali conteng bukan sikit-sikit, memang sesedap rasa je dia color, kat mata, dahi, mulut, tangan, kaki, dalam telinga pun ada tau... Ish ish mana dia belajar tak tau la.
Bukan tak bagi Kertas dan buku.. malah memang banyak kami belikan ,untuk guna conteng, untuk baca, untuk color semua pun ada.. tapi kat muka juga jadi kegemaran dia. Haha (nasib tak di conteng dinding..kalau tak, meroyan lah ayah korang...haha)
Bukan tak bagi Kertas dan buku.. malah memang banyak kami belikan ,untuk guna conteng, untuk baca, untuk color semua pun ada.. tapi kat muka juga jadi kegemaran dia. Haha (nasib tak di conteng dinding..kalau tak, meroyan lah ayah korang...haha)
Ini kejadian masa kitaorang sibuk mendekorasi kan dinding. (Nanti Siti share kan tips cat dinding rumah sendiri supaya cantik lurus dan kemas untuk amateur macam i..hehe) Orang sibuk mengecat dinding dia pun nak 'cat' muka dia. Adoi la anak...anak... Hahaha tak pasti mana pulak dia dapat pen magic tu....
Yang ni pula dia dengan berbahagia nya color kat mata dia.... Mayb Zahra bayangkan pakai eye shadow agaknya... Tapi.. mama Eye shadow pun jarang jarang nak pakai.... Ish ish... Bertabahlah ye.. anak perempuan gini lah gaya akai nya...kalau boy, lain pulak peel nya kan...
Dan mama kata "ada i kesah?" Hahaha
Siti cuci guna makeup remover dan Biore Micellar Water untuk bahagian muka. Kat badan tu guna sabun dah hilang.. dan lagi satu, kalau memang anak berminat sangat la lukis-lukis kat muka ni, pastikan sebelum beli color pen atau color magic pastikan pilih yang Non Toxic dan dan yang bukan Permanent supaya mudah lah nak cuci kalau di conteng di muka atau di mana sahaja permukaan. Hoho
Okay, sampai sini saja Siti membebel, kita kita jumpa lagi di Entry seterusnya. Terima kasih lah sudi baca entry panjang lebar nih....hihi
Nak pastikan anak sentiasa Aktif, sihat dan gembira, jom amalkan Omega setiap hari untuk perkembangan Sel Otak si manja yang sihat.
Nak pilih Omega yang mana? nak beli macam mana? Nak Omega yang semulajadi tanpa kesan sampingan? Jom tanya Siti, klik je sini, kita sembang tepi.
Aduhai :)
ReplyDeleteAnak2 aida x pernah terlepas gini tau. Aida bagi kebebasan conteng dinding aje.
Haa conteng dinding...? 😅
Delete