Panduan memilih Bisnes Internet Yang Mudah Dilakukan Pada Tahun 2018


Siapa setuju, zaman sekarang ni memang perlu melakukan kerja lebih dari satu. Tetapi yang menjadi kekangan nya, ialah masa.

Kalau bujang tak pe lah, balik dari kerja boleh sambung kerja lain pulak. Kalau yang sudah berkeluarga,? Tak kan nak tinggalkan anak-anak di rumah untuk sambung kerja part time pula.... sudah nya badan pula yang letih dan  kualiti kerja juga terjejas kerana tak cukup rehat.

Persoalannya, Ada ke kerja part time yang boleh di lakukan serentak semasa kita lakukan kerja hakiki? Dan dalam masa yang sama, tak mengganggu waktu kerja?

Jika, ciri-ciri ini yang anda cari, saya mencadangkan anda melakukan perniagaan Online. Ianya  sudah pun menjadi trend masa kini. Orang lebih suka berurusan membelibelah di talian internet. Ia nya menjimatkan masa, tenaga dan juga wang ringgit. Kerajaan juga menyokong untuk manfaat kan internet sebagai sumber pendapatan kedua.


Perniagaan Internet bagaimana kah yang mampu memenuhi ciri-ciri seperti, mudah, cepat dan modal kecil. Lagi best duduk di rumah saja boleh buat duit.

Ok, jom kita semak:

1. Bisnes Online

Anda boleh lakukan secara online sahaja. Tak perlu keluar pergi kedai atau sewa kedai. Gaji pekerja pun tak perlu nak bayar.
Anda boleh gunakan platform PERCUMA seperti Blog, Instagram, Facebook atau Twitter.

2. Bisnes Dari Rumah

Bisnes hanya dari rumah. Anda tak perlu nak fikirkan tentang trafik atau kat mana nak tinggalkan anak-anak untuk keluar bekerja.

3. Bisnes Dropship

Bisnes Dropship ni bermaksud anda tak perlu keluarkan modal sendiri dahulu. Pelanggan bayar dan anda tukang order sahaja. Anda dapat ‘upah’ sebagai tukang order dan pelanggan dapat barang yang mereka perlukan.
Mudah kan?
Inilah bisnes yang sesuai untuk anda yang sedang cari bisnes online yang mudah dengan modal rendah.

4. Bisnes Yang Ada Sistem Online

Jika masih bekerja atau surirumah yang sibuk dengan anak-anak bersekolah, saya faham sangat, memang kurang masa untuk selalu ke stokis atau cawangan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bisnes yang ada sistem order secara online adalah paling sesuai untuk anda.

5. Bisnes Produk Yang Kukuh Di Pasaran

Cari bisnes yang produknya sudah bertapak kukuh di pasaran. Paling-paling kurang pun dah 20 tahun di pasaran dengan reputasi yang bagus dan memberansangkan. Bukannya produk yang baru tumbuh, acah-acah laku keras dan akhirnya tutup sebab buat bisnes tak fikirkan keselamatan dan keberkesanan kepada pengguna.
Hanya mementingkan periuk nasi sendiri sahaja namun kerana tamak, akhirnya tutup kedai.

6. Bisnes Produk Yang Sentiasa Dicari Orang Ramai

Bisnes produk yang menjadi solusi orang ramai adalah antara pilihan terbaik. Bisnes yang produknya sentiasa dicari orang seperti produk kesihatan dan kecantikan.

7. Bisnes Modal Rendah

Ini paling penting kan? Hehe. Yaaa.. dari awal pencarian anda tadi memang nak bisnes yang tak perlu keluar belanja besar-besar sehingga ribuan ringgit. Dan paling penting tak mau simpan stok. Sebab nya kalau simpan stok banyak-banyak, maknanya banyak la modal. Kemudian bagaimana pula jika stok lambat terjual? Bagaimana pula nak buat pusingan modal kan?

Kita je kena rajin mencari dan mengkaji. Ada je bisnes yang best menepati semua kriteria di atas termasuk modalnya kurang dari RM100.
Ada ke bisnes yang menepati citarasa seperti 7 kriteria di atas? Kenapa pula tak de. Ianya ADA tau. Ianya Bisness yang sesuai dengan anda walau pun anda sibuk sangat sangat. Klik sini,

Anda dah bersedia untuk mulakan bisnes anda sendiri? Anda boleh dapatkan nasihat saya sebagai mentor anda bermula hari ini.


No comments:

Post a Comment