Chocolate Aiskrim Kek 5 bahan Mudah Cepat dan Sedap


Sejak kebelakangan ni rajin pulak saya membuat kek. Hahaha bukan apa, Resign letter pun dah submit dan tak lama lagi Insyallah, saya akan jadi Suri Hati Mr TM dan Anak-anak di rumah sepenuh masa. Sebab Saya nak tumpukan perhatian sepenuh nya untuk mendidik anak-anak dan melakukan bissness Online. 

Saya jual apa? Saya adalah pengedar Sah Shaklee area Seri Kembangan. Jadi kalau mahu cod produk Shaklee, wassap aje Siti tau, terus saya berdesup menghantar nya. Hehehe

Uit, cerita Shaklee pulak.. moh kita terus ke bahan-bahan dan cara buat Aiskrim Kek yang sedap dan sangat mudah lagi confirm jadik ni.

Aiskrim Kek 5 Bahan, Mudah Cepat dan Sedap


Bahan A, bawah kek / base:

Biskut Oreo peket besar
Mentega 2sudu

Bahan B, perasa Aiskrim Kek:

Coklat bar/ coklat masakan 1cawan
Whipping cream 1/4 cawan

Bahan C, Aiskrim kek:

Whipping cream 1 kotak kecil (pastikan ia sejuk)
Gula icing 2sudu besar

Perkakas di perlukan:

Loyang kek boleh buka 20cm
Stand/ Hand mixer

Cara membuat Aiskrim Kek:

Bahan A:

1. Hancur kan biskut Oreo hingga halus. Boleh ketuk dengan belakang cawan atau penggelek atau blender. Ikut mana yang anda senang. Saya guna blender, senang dan cepat.
2. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam biskut oreo yang dah halus. Kacau sebati.
3. Ratakan di dalam loyang kek dan sejukkan di dalam peti ais

Bahan B:

1. Cairkan 1cawan coklat 
2. Dah cukup cair masukkan 1/4 cawan whipping cream ke dalam coklat cair.
3. Kacau rata. Ketepikan

Bahan C:

1. Pukul Whipping cream hingga kembang.
2. Masukkan kan serbuk gula/ gula icing.
3. Dah cukup kembang, masukkan Bahan B
4. Kacau sebati.



Kemudian tuang kan adunan yang dah siap di sebatikan tu ke dalam loyang yang telah di ratakan dengan Bahan A. Ratakan dan kemaskan. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama at least 6 jam atau semalaman.


Taraa! Da siap. Boleh la di hidangkan kepada anak-anak atau tetamu. Ianya sangat Simple dan Sedap. Maaf kan yang comot comot tu... Al maklum lah jari jari tak berapa nak lembut. Kah kah kah.

Apa pun, rasa mya tu yang penting. Hehe Selamat Mencuba.

** TIPS**

Untuk whipping cream cepat kembang atau jadi Thick Peak. Sebelum mula, Sejukkan mangkuk tempat untuk pukul Whipping cream dan juga pemukul nya di dalam peti ais. Tujuan nya adalah untuk mengekalkan suhu sejuk Whipping cream.

Jika anda tak ada Mixer, boleh tengok video di bawah ni, 3 cara untuk dapat whipped cream yang kembang dengan jaya nya tanpa hand/ stand mixer 

Kredit to Yummy PH.





No comments:

Post a Comment