Aktiviti menarik di rumah alih perhatian anak daripada gadget dan television

Aktiviti di rumah boleh jadi membosan kan tau kalau asyik dok buat perkara yang sama aje. Betul tak... ?

Bagi Siti yang fully housewife dan berkerja dari rumah ni serta mempunyai dua orang anak perempuan yang sedang membesar adalah menjadi sesuatu perkara yang penting untuk memastikan anak-anak tidak bosan semasa di rumah. 

Sebab nya memang Siti sangat limit kan mereka menonton television apatah lagi handphone dan gadget. Lebih banyak keburukan dari kebaikan .. (bagi pendapat Siti la. Mungkin berbeza bagi pandangan orang lain..)

Makanya, kita melakukan aktiviti lain yang boleh alihkan perhatian mereka daripada nak menonton television dan gadget kepada sesuatu yang lebih menarik. 

Tak semestinya kena belajar "doplopat jam" kan, kalau orang dewasa pun boleh lemau jadinya. Jadi jom intai apa saja la aktiviti kami bila di rumah.

Ini antara favourite Zuyyin dan Zahra. Suka sangat berendam dalam kolam. Main la puas-puas sementara mama dok mengemas dan masak. Biasa nya aktiviti ni di lakukan pada hari cuti. Jadi Ayah nya akan jadi pemerhati di situ. Hehe


Untuk beri lebih keseronokan , maka pejam mata je la bagi diorang main dengan soft toy dalam kolam tu. Tak pe jangan risau, semua soft toy ni boleh di cuci dengan mesin basuh. "Mudah saja tambah air..." Eh macam lagu cekodok pulak..haha



Aktiviti seterusnya, "kira duit syiling". Memandangkan Zuyyin pun dah darjah dua pada tahun ni, maka elok benar lah dia kena belajar kira duit syiling. Lepas kira syiling, kita main jual beli. Boleh juga belajar tambah tolak dengan duit kan. Hihi



Si kecik Zahra pun excited mengira jugak tu..




Blok. Main dengan blok juga dapat membina daya imaginasi dan kreativiti anak-anak. Warna warni pada blok itu membuat kan mereka lebih ceria. Eh, tapi bakponyaaa yang sedih sangat dalam gambar tuuuuu... Haha aduhai



Haa ni lagi la kesukaan mereka. Mewarna menggunakan color water. Set ni memang dah ada color water dengan 3 keping gambar. Beli di Diy aje. Enjoy sangat melihat diorang mewarna ikut suka hati..hahaa 



Aktiviti begini boleh mengasah motor skill dan kreativiti mereka.


Lihat lah Si Zahra dengan bangganya menunjukkan hasil mewarna beliau. Hihihi


Aktiviti mengemas rumah. Aktiviti ni selalu di lakukan bila kakaknya Zuyyin ke sekolah. Zahra memang suka ikut semua yang mama buat. Kita memasak dia pun nak masak, kita jemor kain dia pun nak menjemor...kita mengemas dia pon nak mengemas. Jadi peneman setia mama ya..


Bila Kakak Zuyyin balik sekolah happy sangat dia. Ada kawan nak main ya.



Bila petang, kalau tak tak ke padang
permainan kita ke rumah kawan dia. Main badminton. Tak pun main kejar-kejar. 

Masa ni la mama nak rehat, duduk sambil "membawang" dengan mak kawan Zuyyin ni. (Mak kawan zuyyin adalah kawan mama masa kerja dulu. Haha. Beli rumah dekat-dekat jadi jiran. Hehe) 


Seterusnya, aktiviti memasak. Yeay!! antara yang kita suka buat adalah donat, cakoi, Mug Cake 60 second dan ice cream.



Masa ni, bangun pagi je terus nak g buat sarapan sendiri. Katanya nak makan cake. Ok, g la kome bancuh sendiri kat dapoq. Haha



Ni Zuyyin buat Ice cream Magnum Malaysia. Hehe nanti Siti share kan resipi nya pada entry lain ya.

Ini Zahra sedang buat inti Tauhu Begedil. Suka nau Zahra tengok mixer tu berpusing. Hehe 

Kalau nak resipi Tauhu Resipi Tauhu begedil sedap klik di  sini. 

Ini lah antara aktiviti kami anak beranak semasa di rumah. 

Kalau tanya tak takut ke rumah bersepah dan dapor berterabor bila anak-anak nak buat sendiri...?

 Jawab nya, Ya memang rumah akan bersepah dan dapor akan berterabor hahaha tapi semua tu boleh di kemas semula. Lagi bagus kita ajak sama-sama kemas. Sebab nya, zaman kanak-kanak diorang kejap je....nanti dah besar tak de dah orang nak buat sepah.... Nanti rindu pulak bila rumah tak kecoh sana sini... 

 Tips nya adalah, hadapi sepah sepah itu dengan tenaaanggg... Baru lah aman damai dan  tak de la nak jadi "mak kau ijau"  Hehehe

Jutaan terima kerana kasih sudi membaca sampai habis. Jumpa lagi di lain entry. Daaa.

Selamat beraktiviti bersama anak-anak dan keluarga.


Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini

No comments:

Post a Comment