Bagi mak-mak yang berkerjaya mahupun Surihati Encik Suami di rumah (eh... Heheh) memang mencabar dari nak kejut si kecil bangun tidur, mandi, pakai baju dan makan sarapan.
Aduhai memang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Sebab nya kalau kurang sabar ,boleh bertukar jadi "ijau" nanti ..haha jangan camtu tau, mama harus lah banyak-banyak bersabar. Barulah harmoni aman dan damai suasana di rumah.
Sarapan pagi merupakan sajian awal yang perlu di ambil setiap hari. Ia wajib di amalkan setiap hari bagi memastikan bekalan tenaga mencukupi untuk bergerak aktif sepanjang hari.
Sarapan pagi tidak perlu terlalu berat tetapi cukup sekadar telur, susu bersama roti atau bijirin. Dan jangan pula ada yang makan sarapan bersama lunch pula atau juga di namakan brunch. Waktu yang sesuai untuk bersarapan adalah di antara selepas jam 7am hingga sebelum 9am.
Jadi Siti suka buatkan sesuatu yang menarik dan simple untuk Zuyyin makan sarapan sebelum ke sekolah.
Jom Siti kongsikan resipi mudah lagi sedap ni, iaitu Gurita Goreng. Ianya comel dan mudah untuk di makan. Pasti anak-anak suka.
Resipi Gurita Goreng
Bahan-bahan:
- Sosej (kuantiti nya ikut kesesuaian anda)
- Spaghetti secukupnya (kalau tiada boleh ganti dengan mee kering)
- Tepung gandum
- Tepung kanji/ tepung ubi
- Serbuk bawang putih
- Air untuk mengadun
- Garam
(Semua bahan-bahan ikut sukatan sosej anda ya. Kalau banyak sosej, bayak lah bahan yang lain. Jangan risau ya, sama je bancuh agak-agak macam nak buat cekodok)
Cara membuat:
1.Didihkan Spaghetti dalam periuk hingga masak
2. Sementara itu, potong sosej kepada 3 bahagian. Kemudia potong 4 pada salah satu hujung sosej.
3. Masukkan tepung gandum, tepung kanji, serbuk bawang putih dan garam ke dalam sebuah bekas dan bancuh dengan air hingga ia menjadi adunan yang pekat.
4. Masukkan Spaghetti ke dalam adunan pekat dan ambil sehelai speghatti dan balutkan di hujung sosej. Ia akan melekat pada sosej kerana ada tepung kanji tu.
5. Balut spaghetti sampai semua sosej habis dan boleh mula menggoreng dengan minyak sederhana panas. Minyak letak sederhana banyak ya. Supaya mudah untuk di goreng.
6. Selepas siap di goreng kalau rajin, boleh la lukis gambar mata dan mulut pada Gurita Goreng dengan menggunakan Mayonis. Macam yang Siti buat tu. Hehe.
Dah Siap!
Berikut adalah antara Gurita Goreng yang Siti dah buat. Ada di cucuk dengan lidi, saja nak bagi kelihatan menarik dan lebih mudah di pegang. Kalau tak nak cucuk pun boleh jugak. Hihi
Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.
Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini
No comments:
Post a Comment