Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca budiman yang sudi singgah ke sini. Terima kasih di ucapkan.
Review Hotel Zenith ni sebenarnya kami pergi pada tahun lepas lagi ( Mac 2018), tapi lama sangat dok peram gambar ni dan hari ni baru lah berkerajinan nak update tentang Review Hotel Zenith yang best ni. Hehe
Siti ke sini kerana ikut suami yang ada urusan kerja kursus di sini. Jadi alang -alang Siti pun buat kerja sendiri maka baik jangan lepaskan peluang bercuti di sini sementara En. Husband berkursus kan...
Kami pergi sekeluarga, saya, suami dan dua orang anak perempuan kami. Secara keseluruhan nya tentang Hotel Zenith Kuantan, kami sangat berpuas hati dan enjoy sepanjang 3hari dua malam berada disini. Rasanya lebih kepada Staycation. haha sebab nya kami hanya tinggal di Hotel. Walaupun begitu, sungguh kami tidak pun boring. ngeh ngeh... (malas nak keluar jalan sorang-sorang..lebih guna je apa di sediakan di Hotel.
Hotel ini berada di tengah tengah bandar Kuantan dan ia berada betul betul berhadapan dengan shopping mall East Coast. Kalau rasa nak membeli barang atau cari makan, senang je, boleh terus jalan kaki dari hotel ke shopping mall. 5 Minit je dah sampai. Atau tiba tiba nak berenang di swimming pool Zenith, boleh terus pergi beli swimming suit. sebab nya, peraturan di pool agak stric jugak. Wajib pakai swimming suit untuk keselamatan. Swimming Pool nya berkonsep kan Infiniti Pool dan Spa. memang cantik. Selain tu, klinik dan farmasi juga banyak dan dekat je. Ye la kan.. mana la tau kot tiba-tiba rasa tak sihat, boleh la terjah je ke klinik.
Nampak tak Hotel Zenith di tengah bandar tu
Ni dalam kereta sesampai je do Parking Aeon. Nak cari makan. Semua dah kelaparan. Masa ni baru lepas hantar En.Husband di tempat berkumpul mereka.
Waktu ni hari cuti semua Restoran dan food court penuh. Alhamdullillah Pizza Hut tak berapa ramai orang. Memandang kan saya sorang aje bersama dua budak kecik ni, maka sesuai sangat makan di sini. Tak perlu nak angkat makanan kan. Senang.
Ini di lobi Zenith Hotel. Luas dan selesa. Di sini ada suatu sudut IT. Ada laptop, wifi dan kerusi serta meja. Kalau tiba tiba terasa nak duduk ada kerja nak buat atau saja boring pun boleh la guna di situ. Nanti ada orang hantar kan welcome Drink. Saya teringin nak duduk situ, tapi budak dua orang ni tak boleh duduk diam.
Dah dapat Access Card. Kita terus naik ke bilik. Kami pilih King Delux Room. Bilik nya luas, cantik dan selesa. Hiasan nya berkonsep kan Moden Kontemporari.
Ini Di Ruang Koridor nak ke bilik.
Kami pilih Delux King Room.
Ruang Toilet..sempat pula bergambar di sini..haha
Ni saya bergambar di swimming pool. Pool nya terletak di tingkat empat. Sebaik dapat acces card. Tak sempat nak duduk baring, budak dua orang ni (Zuyyin dan Zahra) tak tak sabar-sabar ajak ke swimming pool. Jadi layankan aje lah ye.. pool nya memang cantik dan macam memanggil manggil je suruh saya terjun ke dalam tu. Hahaha...
ini Poll bahagian kanak-kanak
seronok betul Zuyyin mandi di situ. Mama is jealous tau.. haha nampak tu, swimming pool nya berkonsep kan Infiniti. kalau duduk di hujung tu, terasa nak jatuh ke bawah..haha tapi ada pagar di situ, jangan risau... hehe boleh la menikmati pemandangan petang yang cantik. sebenarnya cantik pemandangan di sini, cuma yang mengambil gambar tak berapa pro...ampunn.. (saya la yangambil gmabar tu..haha)
Korang kalau tak de swiming suit jangan masuk tau. Mandi di bahagaian kanak-kanak tak pe. Di sini ada CCTV, kalau life guard nampak ada yang tak kena atau tak ikut peraturan diorang terus je tegur.. huhuhu Siti dah kena.. maka baik lah ku akur jua walaupun jiwa ni memberontak nak terjun ke dalam. Hahaha
Ini East Coast Shopping Mall yang memang betul-betul berhadapan dengan pintu keluar masuk Hotel Zenith ni.
Selain Swimming Pool ada banyak lagi tempat untuk riadah di Sini cuma gambar nya tak cun sangat la... haha. antaranya, ada Gym, Ruang Berzumba, Kids play Room, Sauna dan permainan indoor seperti Snooker. Ini gambar dari Google.
Kids Play Room
Ruang kalau nak Ber Zumba
Gym
Makan di sini juga sangat sedap dan ada pelbagai pilihan. Ada Nasi, Mee, Pasta, Roti. Masakan Melayu, Cina, western..yang pasti semua pun menyelerakan dan sedap. Maaf la ya...tak dapat nak kongsikan gambarnya... gambar pun tak sempat nak ambil banyak, asyik laju je dah kena ngap! haha ini antara salah satu hidangan yang saya ambil untuk Zuyyin.
Baik lah, Sampai di sini aje perkongsian cerita kami di Hotel Zenith. Kalau anda nak bercuti, pastikan kesihatan anda dan keluarga terpelihara barulah boleh menikmatinya dengan lebih Optimum.
Selamat Bercuti. Semoga bermanfaat.
cantik lokasi pool tu..kalau anak2 mesti suka sangat kan
ReplyDeletesalam kenal dari www.umifuzy.com
Memang cantik sangat. Dengan konsep infiniti tu buat rasa geram je nak terjun sama...anak2 suka sangat sampai tak nak keluar dari pool...haha
DeleteSalam kenal jugak. Nanti kita singgah di www.umifuzy.com😘