Tips menyusukan bayi dan Teknik Hypnobreastfeeding

Biasanya bila baby dah besar sikit, memang badan akan mula kurang menghasilkan susu,

Antara faktor yang mempengaruhi:
1. baby dah kurang menyusu direct
2. baby dah mula ambil solid food
3. baby dah mula menyusu dalam masa yang sekejap, tidak lagi lama menghisap

Faktor ibu pula:
1. perubahan hormon
2. letih
3. ibu tidak makan dengan baik (skip makan, makan sikit sebab kesuntukan masa, kurang makan seimbang etc)
4. tekanan tugas sebagai ibu, tambahan lagi bagi ibu yang berkerja
5. kurang mengepam susu

Adakah mengalami salah satu dari faktor di atas?

Ada satu Tips yang boleh diamalkan

image

Teknik Hypnobreastfeeding:

1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula.
2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
- melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu
- hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan bayi.
4. Masuk ke tempat yang sunyi
5. Pasang alunan zikir
6. Pasang aromaterapi yang menenangkan
7. Duduk tegak bersandar
8. Rilekskan otot
9. Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
10. Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh...
11. Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
12. Masukkan setting positif “i boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun”!!

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment