Cegah Risiko Penyakit tiga serangkai. Penyakit Jantung, Diabetes dan Darah Tinggi.
Penyakit Tiga serangkai iaitu Penyakit Jantung, Diabetes dan Darah Tinggi merupakan pembunuh dalam senyap atau silent killer. Kita tidak sedar sehingga doctor mengesahkan kita menghidapinya. Pada waktu itu barulah kita akan melihat semula sejarah pemakanan dan aktiviti harian kita selama ini.
Ya, semua nye bermula dengan makanan. Apa yang kita makan menggambarkan diri kita. Jadi hargailah diri kita dengan memilih makanan yang sihat. Untuk siapa?? Semestinya kesihatan kita amat penting untuk orang yang kita sayang. Ibu, Ayah, Ibu Mertua, Ayah Mertua, Suami, isteri, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan dan kesihatan juga amat penting untuk kita menjalani aktiviti harian dengan gembira seperti berkebun, memasak, mencari nafkah dan sebagainya.
Individu yang berisiko menghidapi penyakit Jantung, Diabetes dan Darah Tinggi.
Mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti, makan lewat malam. Tidur tidak menentu dan merokok.
Berat badan berlebihan
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit Jantung, Diabetes dan Darah Tinggi.
Individu yang berisiko menghidapi penyakit Jantung, Diabetes dan Darah Tinggi.
Mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti, makan lewat malam. Tidur tidak menentu dan merokok.
Berat badan berlebihan
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit Jantung, Diabetes dan Darah Tinggi.
LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap Diabetes, Malaysia berada pada tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit Diabetes berusia lebih 30 tahun. Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai Diabetes. Anda yang berisiko tinggi disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebrang komplikasi.
MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolestrol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko Penyakit Jantung. Masukkan buah buahan dan sayuran dalam menu harian sekurang kurangnya 8 hingga 10 hidangan sehari. Mengamalkan product tenusu rendah lemak bagi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi atau boleh juga amalkan Ostematrix Shaklee (kalsium) sebagai ganti untuk mereka yang tidak gemarkan susu. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dan garam dalam makanan dan minuman. Masak sendiri di rumah adalah langkah yang bijak lagi menjimatkan
MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN
Lakukanlah senaman walaupun hanya aktiviti ringan atau sederhana dan dilakukan selama 30minit setiap hari sudah memadai.. kerana menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti yang dilakukan setipa hari selama 30 minit boleh membawa manfaat kepada kesihatan kardio. Aktiviti tersebut termasuklah berjalan kaki sambil bersiar siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari, bersenam di rumah. Jika senaman ringan sudah memadai apatah lagi senaman yang lebih cergas dan memerlukan penggunaan tenaga yang lebih, pasti lebih menyihatkan kesihatan kardio.
MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidurlah pada waktu yang tetap dan ubahlah waktu tidur yang tidak tetap supaya memperolehi tahap kesihatan yang lebih optimum. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam sehari bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki system imunisasi dan badan akan kekal sihat. Semasa tidur, tubuh memproses glokusa. Maka, jika tidak tidur glokusa akan gagal diroses dan berisiko Diabetes. Oleh itu, pastikan tidur yang mencukupi selain bagus juga untuk melegakan badan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang di samping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.
KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS
Kawal kawal emosi agar tidak mudah tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jikan anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress, ialah dengan mengenalpasti punca stress dan cuba mengatasinya sebaik mungkin ini mestilah di ikuti dengan pemikiran yang positif. Jika masalah tidak dapat diselesaikan dan perlu kan bantuan, carilah seseorang yang benar benar membantu bukannya menambahkan lagi masalah.
Akhir skali adalah di syorkan, anda mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini dan semestinya pilih yang berasaskan semulajadi supaya tiada kesan jangka pendek mahupun panjang
Keputusan hari ini bakal menentukan masa depan. Buatlah keputusan anda hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling berharga dari segalanya.
Oleh itu, saya menyarankan Vivix Shaklee sebagai pelaburan untuk kesihatan anda.
No comments:
Post a Comment