Bagaimana kurangkan 1100 kalori sehari

Hi, berjumpa lagi di dalam entry bagaimana mengurangkan 1100 kalori sehari?
Di dalam entry sebelum ini saya ada menceritakan mengapa usaha menurunkan berat badan gagal dan bagaimana sebenarnya cara menurunkan berat badan sebenar.
Jadi sebelum kita teruskan dengan kiraan yang lebih serius (hehee macam suspen jew) mari kita kira keperluan kalori seharian atau dalam bahasa saintifiknya kiraan DCR.
Kadar kiraan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti Usia, berat, ketinggian, jantina dan aktiviti harian.
Yelah kan..kadar metabolisma akan lebih perlahan jika usia bertambah. Semakin berat, semakin banyak kalori diperlukan. Sama seperti kenderaan, lebih minyak diperlukan untuk kenderaan yang lebih berat. Semestinya kadar kalori untuk lelaki dan wanita berbeza kerana sejak azali kaum lelaki perlu lebih kalori kerana melakukan lebih kerja berat berbanding wanita dan kadar pembakaran kalori juga berbeza mengikut kadar aktiviti harian setiap individu.
Bagaimana kiraan DCR?
Ok, sediakan kertas dan pen dan mula kira DCR anda mengikut formula nih..
DCR = BMR x kadar aktiviti
(kadar aktiviti ikut jadual di bawah)
image
* BMR ialah keperluan kalori yang di perlukan untuk neneruskan hidup.
BMR untuk lelaki:
BMR=66 + (13.7 x kg) + (5 x tinggi in cm) - (6.8 x umur in tahun)
BMR untuk wanita:
BMR=655 + (9.6 x kg) + (1.8 x tinggi in cm) - (4.7 x umur in tahun)
Matlamat kita mudah saja. Iaitu kita mahu kurangkan 550 kalori daripada DCR semasa dan tambahkan 550 kalori untuk di bakar. Jadi dapatlah kita menghapusjan 1100 kalori sehari.
Mudah kan?
Jangan konfius lagi...mari saya catatkan secara ringkas:
Matlamat:
Mahu hapuskan/ bakar 1100 kalori sehari
Langkah 1:
Sebelum mula membakar, mesti tahu nilai DCR. scroll ke atas untuk formula kiraan DCR.
Langkah 2:
Selepas tahu nilai DCR, kurangkan sebanyak 550. Maka itulah jumlah kalori yang boleh di ambil dalam satu hari.
Contoh:
Kiraan DCR saya ialah 2500.
Jadi, 2500-550 = 1950 (inilah jumlah kolari/ jumlah makanan yang saya boleh makan untuk sehari.
* badan tetap membakar sebanyak 2500. Jadi lagi 550 yang kita kurangkan ini diambil dari lemak kita sendiri. Maka, terjadilah pengurangan berat!!
Langkah 3:
Tambahkan pembakaran kalori lagi 550 dengan kardio/ bersenam/ melakukan kerja harian biasa.
Boleh lihat aktiviti berikut sebagai rujukan pembakaran kalori dalam masa 1jam.
image
Nantikan entry selanjutnya untuk lebih info pembakaran kalori dan panduan kalori seharian.
Anda masih belum terlewat untuk turunkan berat! Ayuh mulakan langkah hari ini juga!!
Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertanyaan terus hubungi saya wassap/ sms puan Siti 019-5522329
Click juga link ini: