, , , ,

Punca jerawat dan masalah kulit

12/17/2014

Apakah itu Jerawat?

"1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Dan ia membuatkan satu-satu nya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati. Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang. Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu."
Sumber: Myjerawat

Punca Terjadi Masalah Jerawat

image

1. Masalah hormon
Di peringkat remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itulah kebiasaannya wanita dewasa kurang mengalami masalah jerawat berbanding remaja kerana liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria
Sejenis bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit berjerawat. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan
Sebenarnya pemakanan bukanlah punca utama dan belum juga dapat di buktikan kesahihannya...Tapi secara logiknya amalan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. Means, secara tak langsung, ia menjadi penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas kerana ia akan mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress
Tak percaya? Cuba perhatikan, lagi stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi masalah jerawat di wajah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Ini biasanya terjadi pafa wanita, ye la kan..wanita je yang pakai kosmetik. Hihii Ini berlaku apabila tidak membersihkan makeup dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi masalah jerawat.

6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba daripada matahari dan kulit terus terdedah dalam masa yang lama boleh menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma juga tersumbat.

7. Pakaian
Ini biasanya terjadi di belakang badan.
Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dan memudahkan pengudaraan pada kulit. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer.. Banyak dah jual pakaian yang menutup aurat dan selesa untuk di pakai dalam cuaca panas. Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Haa..dah tau punca punca masalah jerawat dan anda di kategori yang mana? Apalagi boleh la cari jalan penyelesaiannya.

Ingat pilihlah penyelesaian yang bukan saja cepat tetapi berkesan dan selamat! Pastikan ia dari sumber semulajadi.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Most Welcome