Wanita paling ramai menderita kanser

Wanita Dan Kanser


Saya Juga Berisiko. Jangan terkejut, statistik pesakit kanser dari tahun ke tahun, semakin meningkat.

Ye, wanita paling ramai menderita sebab kanser.

Ye, kita yang wanita ni.

Kanser payudara dan kanser serviks antara yang tertinggi. Kanser bukan sahaja menyebabkan penghidapnya menderita menanggung rasa sakit, malah menderita menanggung beban kewangan kerana kos bagi rawatan kanser SANGAT MAHAL sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Alhamdulillah sekarang kita masih sihat, syukur. Namun, risiko tu masih ada.

Selalu kita jumpa kes kawan kawan kita yang menghadapi kanser, tup tup terus tahap 2 dan sekejap saja dah jadi kronik.

Kalau tengok gambar gambar kanser payudara lagi ngeri.  Sakit tak tertanggung...

Banyak punca penyebab kanser. Antaranya adalah faktor pemakanan dan pendedahan terhadap bahan bahan kimia yang bertukar menjadi toksik kepada badan. ia merosakkan sistem pertahanan badan dan fungsi Organ.

Sebab inilah bab pemakanan dan pemilihan produk kecantikan dan penjagaan diri tak boleh dipandang ringan.

Berhati hati pilih apa yang kita nk makan, dan apa yang kita nak sapu di muka dan badan. supaya kita tak menangis di bucu katil hospital kelak.

Pesanan ni untuk diri saya juga.





No comments:

Post a Comment