Lirik Lagu Bayi Kecil di Padang Pasir

Lagu bayi kecil adalah lagu yang mencerita kan pengorbanan Bonda Hajar, iaitu ibu kepada Nabi Ismail yang di uji di Padang pasir. Lagu ini juga menggambarkan pengorbanan ibu bapa membersarkan dan mengasuh anak-anak.

Lagu ini di ajar kan oleh Uztazah di sekolah Zuyyin semasa Zuyyin di Tadika Dzuliman. Zuyyin berusia 6tahun.

Jom kita nyanyi bersama.



Bayi kecil, bayi kecil,
Bayi kecil nama Ismail
Bersama bonda Hajar
Diuji di padang pasir

Berlarilah, berlarilah,
Berlarilah Bonda Hajar
Mencari cari air
Berkorban demi sikecil

Ibuayah, ibuayah,
Seperti bonda Hajar
Menjaga mengasuh kami
Berkorban setiap hari

Allah sayang, Allah sayang,
Ibuayah dan bonda Hajar
Berusaha dengan sabar
Sambil doa dan tawakkal

Air zam-zam, air zam-zam,
Air zam-zam hadiah Allah
Untuk Hajar dan Ismail
Juga kita semua...
Alhamdulillah!


No comments:

Post a Comment