Langkah Mudah Keluar dari segala Kesusahan dan Kesempitan Hidup yang di Ajarkan Oleh Nabi S.A.W


Memang lumrah manusia dan lumrah hidup di dunia ini pasti akan ada saat senang dan saat susah. 

Setiap yang berlaku pasti ada sebab nya dan pasti ada jalan jalan keluarnya. Sesungguhnya percaya lah, Allah s.w.t tidak akan membebani hambanya melainkan ia setimpal dengan keupayaan mereka...

Jom Siti Kongsikan rakaman dari Uztaz yang menceritakan Jalan Mudah supaya kita keluar dari segala kesusahan dan dan kesempitan hidup.


Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah S.w.t. Dengarkan rakaman ini dan sampai kan ke seluruh saudara kita di luar sana semoga mereka dapat menemukan jalan keluar dari kesusahan dan kesempitan hidup.

Nabi S.A.W bersabda bahawa...

"Sesiapa yang melazimi ISTIGHFAR, maka Allah akan menjadikan bagi dirinya jalan keluar dari setiap kesempitan hidup jugs Allah akan menghilangkan rasa dukacita atau kemurungan di dalam hatinya dan Allah pasti akan merezekikan kepadanya dari jalan yang tidak dia jangkakan"

Riwayat Abu Daud, Hadis Sahih.

Muslimin dan Muslimat...Istighfar adalah kalimah yang mudah, ringkas dan senang di ucapkan iaitu...

Bacaan Istighfar Ringkas:

Image result for istighfar
“ASTAGHFIRULLAH.”
Ertinya :
" Aku memohon ampun kepada Allah."

Bacaan istighfar Ringkas tapi lebih sempurna:

Image result for istighfar
"ASTAGHFIRULLAAHA WA ATUUBU ILAIHI"
Ertinya :
“Aku memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya”.

Bilangan Bacaan:

Bilangan paling sedikit adalah 70 kali. 

Sebaiknya 100 kali sehari.

Paling sempurna bagi mereka yang berhajat dan  mahu di ringankan bebanan jiwa dan kehidupan ialah di baca sebanyak 1000 atau 1500 kali sehari.


Muslimin dan Muslimat...

Istighfar boleh di baca sepanjang waktu lapang dan di celah-celah kesibukan. Lazimi dan jadilkan ia budaya. pasti Allah akan memberi kemudahan di dalam kesempitan hidup kita.

SHARE dan PANJANGKAN kepada semua saudara kita di luar sana. Di dalam kehidupan di dunia ini... "SEMUA ORANG" memerlukan bantuan dan pertolongan dalam menghadapi masalah kehiduppan. 

Semoga kita mendapat pahala Jariah daripada Video ini. Sebarkan kebaikan.

Insyalaah. Semoga Bermafaat.





No comments:

Post a Comment