Kenapa Dalgona Coffee Ku Tak Jadi??

Haritu viral tentang Dalgona Coffee. Jadi Siti sebagai peminat Coffee rasa terpanggil untuk turut cuba buat Air Viral ni.

Dalgona Coffee. Sekadar hiasan. Sumber dari Utube Channel Buat Orang Lapo.

Mula lah pencarian resipi dan cara menghasilkan nya. Akhirnya Siti pun terjumpa cara nak buat "Dalgona Coffee" di Utube Channel "buat Orang Lapo".

Siti memang suka refer di channel ni untuk cari idea menu masakan simple. Maklumlah kita ni "pandai sangat" memasak kan. Ahaks.

Ok, selepas seminit tengok cara buat Dalgona Coffee rasa macam ...

"oh, camni je, ok senang je ni" 

Bahan nya simple je. Cuma nescaffe atau serbuk kopi segera, air panas 2 sudu dan gula. Susu segar untuk air di bahagian bawah. Semua bahan ni memang biasa ada di rumah.

Cara nak buat pun "macam senang". Just Beat the Coffee dan Sugar + air 2 sudu until kembang dengan menggunakan mixer. Kalau tak de mixer katanya pukul sampai 400x. Hohoho

Jadi Siti gunakan bahan seperti ni.


Kemudian Siti beat guna Mixer sampai rasanya lebih 30minit. Hahahha tapi, kenapa still macam ni je... tak kembang seperti sepatutnya... Huhu any tips pls...?


Lepas tu dah rasa macam giveup Siti tuang je lah dalam air susu. Maka, terhasilah  "Dalgona Coffee Tenggelam". Hahaha orang lain buat timbul, Siti buat tenggelam. Aduhai..


Pecah perut Encik Suami ketawa bila melihat Dalgona Coffee Tenggelam Siti.. huhu 

Tekstur nesscafe yang Siti beat tu macam likat dan pekat tau. Agak sukar jika hanya di kacau dengan menggunakan sudu sahaja. Maka Siti rasa macam "bijak sikit", Siti masukkan kedalam Shaker dan Shake Shake la..

Kemudian ia terhasillah begini... Hahahah


Lagi sekali Encik Suami ketawa sambil mengatakan "ini Nescaffe Tarik". Hahaha huh! Maleh nak layan, minum je laa.. rasa sama jugak macam Nescaffe cuma tak de rupa je... Hahaha

Kemudian, pada esok nya, Encik Suami pula nak tunjuk bakat beat Nescaffe. Ok, kita bagi can la dia tunjuk bakat kan...


Tak sampai 10minit beat dan Nescaffe pun dah kembang. Aduh, bertambah lah eksen nye nye tuuuu... 

Persoalan nya disini, kenapa Siti beat tak kembang?? Why? Why? Dimanakah silap nya. ? Huhuhu

Beginilah hasilnya, Dalgona Coffee Encik Suami.


Boleh la kan nak minum sendiri. Hihii camni lah serba sedikit aktiviti kami semasa perintah kawalan pergerakan.

Korang pun please Stay at Home to Stay Safe. Kuatkan imunisasi tubuh badan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan topup kan juga dengan Supplement semula jadi Vitamin C. 

Update:
Setelah beberapa percubaan akhirnya, Dalgona Siti menjadi.



Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini




No comments:

Post a Comment