Apa nak buat di rumah sepanjang "Perintah Kawalan Pergerakan"



"Perintah Kawalan Pergerakan" telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Perintah kawalan itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta, institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.

Perintah kawalan pergerakan tidak sama dengan "Lockdown" tau. Jangan terkeliru pula. Anda masih lagi boleh keluar membeli barangan keperluan harian di pasaraya dengan syarat tingkatkan penjagaan kebersihan yang Optimum seperti mencuci tangan dengan kerap menggunakan danhand sanitizer atau sabun. Batuk serta bersin mengikut cara yang di sarankan. 

Info dari Telegram MKN Rasmi (Majlis Keselamatan Negara) 

Klik Link sini untuk Joint dan dapatkan info lebih Tepat @MKNRasmi

Apa Nak Buat Di Rumah?

Lama tu kita kita berada di rumah. Dari 18hb hingga 31hb March. Tambah dengan sekarang ni yang sememang nya sedang cuti sekolah maka lebih kurang 3 minggu kita bercuti.

Kita perlu pandang dari sudut Positif. Kita boleh bersama keluarga dan anak-anak. Pada waktu ni lah kita boleh gunakan untuk mengeratkan hubungan sillaturahim sesama keluarga.

Daripada asyik panic dan risau lebih baik kita tenang kan fikiran dan melalui cuti di rumah dengan gembira dan "No Stress". Kan kan betul tak..?

Sejajar dengan saranan kerajaan supaya jangan panik. Tujuan cuti di berikan adalah untuk menghentikan penularan virus Covid-19 di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa Patriotik dan sayangkan Negara jom kita bantu menghentikan penularan Virus Covid-19.

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan bersama keluarga di rumah:

1. Masak Bersama:


Masak memasak. Yeay, memang aktiviti ni paling best, sebab nya lepas masak kita boleh makan. Kenyang perut suka hati. Hehe.




Masa ini juga kita boleh ajar anak-anak cara pecahkan telur untuk buat telur dadar, buat kek, cookies, ice cream, donut dan banyak lagi resipi yang mudah yang boleh kita kita buat bersama anak-anak. Pasti mereka juga berasa teruja. Dalam masa mereka juga boleh tingkatkan kemahiran motor halus juga.

Lihat sini Resipi Ice Cream Home Made ala Paddle Pop

Lihat sini Resipi Mug Cake 50 saat

2. Belajar bersama:



Waktu yang terluang begini juga adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak. Ulang kaji semula pelajaran bersama.

3. Gotong Royong di Rumah:


Ini lagi lah menarik untuk di lakukan. Kita boleh melakukan gotong royong membersihkan rumah bersama seperti melipat baju, membuang habuk dan sarang labah, mengemop lantai, mengalihkan perabot, menebas rumput dan menanam sayuran di belakang rumah.


Deko rumah atau dinding. Rumah bersih dan kemas baru lah seronok nak bercuti lama di rumah.

Lihat sini Cara Mudah pasang Korea Wallpaper

4. Solat Berjemaah / Aktiviti keagamaan


Jika sebelum ni kita sempat berjemaah waktu maghrib atau isyak sahaja, maka ini waktu terbaik untuk kita berjemaah bersama pada waktu yang lain juga.

Serta perbanyakkan doa kepada yang Maha Esa supaya hentikan Virus Covid-19 dan selamat kan kita kita dari di jangkitinya. Amin.

Waktu ini juga sesuai untuk kita mengulangkaji semula Tajwid dan perbanyakkan membaca Al-Quran. Insyallah.

Selain Aktiviti bermanfaat bersama, jangan lupa kerap mandi dan mencuci tangan. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri dengan lebih optimum. Sentiasa pantau kesihatan diri dan ahli keluarga yang lain.

Insyallah dengan usaha kecil setiap keluarga yang bermula dari rumah kita mampu menyelamatkan seluruh Negara dari penularan Covid-19.

Selain amalan penjagaan kebersihan yang optimum dan amalan pemakanan yang sihat tingkat kan Immune anak-anak serta keluarga dengan Supplement semulajadi yang terbukti berkesan meningkatkan tahap kekebalan diri dari jangkitan penyakit berjangkit.

Jika anda tercari-cari "sesuatu" yang boleh membantu meningkatkan immune anak-anak untuk membantu melawan jangkitan penyakit berjangkit anda boleh amalkan Vitamin C dan Omega. Anda boleh dapatkannya dengan Siti, klik di sini ya 


Sayangi Keluarga, Di situlah Syurga. Insyallah.

Lihat Aktiviti menarik di rumah Elak anak ketagih Gadget

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?




Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini

No comments:

Post a Comment