Fakta Kalori untuk turun 1kg dalam 14hari

Sebelum bermula, ingin saya beritahu, bahawa saya bukanlah pakar kalori, sedikit info berikut adalah hasil kajian dan selidik menyelidik yang boleh diringkaskan untuk pemahaman anda dan saya :)


ok, mari check,

8000 kalori perlu di bakar !! sekiranya berhasrat untuk kurangkan sebanyak berat 1kg!!
erm...adalah mustahil untuk bakar 8000 kalori sehari melainkan anda melakukan senaman yang extreme! uhuhuu...
Mari kira2 apa yang boleh kita lakukan untuk mencapai impian ini.

8000kalori/ 14hari = 571kalori (selepas dibundarkan)

Jadi sehari perlu kurangkan 571 kalori untuk capai pengurangan 1kg dlm 14hari.

Secara semulajadi badan akan membakar
1600-2000 kalori untuk wanita  dan
2000-2500 untuk lelaki dewasa

Oleh itu, perlu makan kurang dari pembakaran kalori sehari, maknanya untuk wanita dewasa pembakaran semulajadi adalah 1600, bermakna kalori yang boleh diambil sehari adalah

1600 kalori pembakaran sehari - 571 kalori perlu dikurangkan = 1029 kalori yang boleh diambil untuk sehari

Jadi, jika diamalkan pengambilan kalori lebih kurang 1000 sehari selama 14hari, maka pengurangan 1kg akan Berjaya!!

itu adalah hasil minimum jika pengurangan 500 kalori sehari. bayangkan jika kita boleh tambah pembakaran kalori dengan bantuan vitamin "fat burn" dan sedikit senaman pasti hasilnya lebih hebat!

Jadual dibawah, sedikit info tentang makanan dan senaman berserta jumlah kalori yang mungkin akan membantu dalam pengambilan diet dan aktiviti harian anda :)

JADUAL KANDUNGAN KALORI DALAM MAKANAN MALAYSIA

KUIH MUIH
BILJENISKALORI
1.Kasui berkelapa parut (sekeping)160
2.Kuih lapis (sekeping)130
3.Bingka ubi (sekeping)220
4.Cekodok pisang (sebiji bersaiz sederhana)180
5.Popiah goreng (satu)130
6.Popiah basah (satu)95
7.Pisang goreng (satu)170
8.Kek biasa tanpa krim (sepotong)87
9.Karipap (sebiji)130
10.Sandwich sardin (sekeping)70
11.Bubur kacang (semangkuk)100

LAUK PAUK
BILJENISKALORI
1.Ikan kembung kari berkuah (seekor)85
2.Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong)142
3.Ikan kembong goreng (seekor)140
4.Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)210
5.Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis)130
6.Ayam kari berkuah (sepotong)250
7.Ayam goreng (sepotong)255
8.Ayam tandoori (sepotong)220
9.Sambal udang (setengah cawan)70
10.Sambal sotong (setengah cawan)55
11.Telor goreng (sebiji)110
12.Tauhua goreng (sekeping)110
13.Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan)40

MAKANAN SEGERA
BILJENISKALORI
1.Peha ayam goreng (satu)130
2.Nugget ayam (satu)60
3.Kentang lecek (satu tiub kecil)90
4.Sayur kobis hancur / Coleslaw (satu tiub)75
5.Burger keju (satu)425
6.Kentang goreng (satu kantung kecil)405
7.Sate ayam (secucuk)35
8.Pizza berkeju (sepotong)240

 MAKANAN RUTIN
BILJENISKALORI
1.Nasi putih (satu setengah cawan)260
2.Nasi lemak bersambal (sepinggan)400
3.Nasi goreng bertelur (sepinggan)635
4.Nasi briyani berayam (sepinggan)880
5.Nasi minyak kosong (sepinggan)445
6.Nasi ayam kosong (sepinggan)300
7.Mee goreng kosong (sepinggan)660
8.Mee sup (semangkuk)380
9.Meehun goreng (semangkuk)550
10.Roti putih (2 keping)156
11.Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping)200
12.Capati tanpa kuah (sekeping)180
13.Pau ayam (sebiji)203
14.Emping jagung kosong (secawan)160

BUAH-BUAHAN
BILJENISKALORI
1.Tembikai (sepotong)20
2.Betik (sepotong)45
3.Pisang emas (2 biji)76
4.Durian (5 ulas)64
5.Limau (sebiji)42
6.Jambu batu (sebiji)110
7.Nenas (sepotong)59
8.Epal (sebiji)63
9.Ciku (sebiji)44
10.Mangga (sebiji)103

MINUMAN
BILJENISKALORI
1.Minuman berkarbonat (1 tin-285g)120
2.Minuman kotak (250g)105
3.Susu tepung penuh krim (1 sudu makan)33
4.Susu tepung tanpa lemak (1 sudu makan)25
5.Aiskrim (2 skop)390
6.Susu pekat manis (1 sudu makan)71
7.Yogurt rendah lemak (1 cawan)90
8.Mentega (2 sudu teh)75

  
JADUAL PEMAKANAN HARIAN DAN KANDUNGAN KALORI
MAKANJENISKALORI
Sarapan Nasi lemak + Telur Mata Kerbau + Teh tarik541
Minum Pagi Jam 10Kuih karipap (3 biji) + Teh O 410
Makan TengahariNasi (3 cawan) + Ayam kari + Dalca sayur + Air Tembikai
900
Minum PetangKopi susu + Popiah goreng (3 biji)510
Makan MalamNasi (3 cawan) + Ikan tenggiri masak merah + Kangkung goreng belacan + Air Masak

682
JUMLAH3043

KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM SEHARI
BILJANTINAKALORI
1.Lelaki 2000 – 2500
2.Perempuan1600 – 2000

JADUAL AKTIVITI MEMBAKAR KALORI
Kalori dibakar bergantung kepada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
BILAKTIVITIKALORI DIBAKAR
1.Menonton TV40
2.Berjalan pantas300
3.Bermain bola keranjang (agresif)450
4.Mengemas rumah240
5.Berkebun320
6.Bermain golf (bawa sendiri Club)385
7.Berbasikal statik380
8.Aerobik405
9.Ping pong280
10Sex1000

No comments:

Post a Comment