6 Punca Utama Kulit Kusam


Masalah Kulit Kusam adalah antara masalah yang popular selepas kulit Berjerawat dan Berparut. 

Kulit kusam ini adalah kulit yang kelihatan tidak berseri atau istilah biasa orang sebut "Tak Flawless" atau "Tak Glowing". Kebiasaan nya Tona kulit dan tekstur kulit yang tidak sekata.

6 Punca Utama Kulit Kusam

Antara Faktor yang menyumbang terjadinya kulit kusam ialah :

1. Sinar UV dari Matahari


Ni step paling banyak orang suka Skip. Iaitu memakai sunscreen atau sunblock. Tak kisah la pada waktu cuaca mendung nak hujan ke, ribut petir ke, korang duduk dalam rumah bawah bumbung ke... Dan apatah lagi pada cuaca panas terik... Kulit harus di lindungi dengan sunblock atau sunscreen at least SPF 30 keatas. Kalau dapat  SPF 50 cun dah tu. Ini kerana kesan UVA dan UVB akan membuatkan kulit rosak dari lapisan luar hingga ke dalam. 

UVA, A di situ bermaksud aging. Ia menembusi jauh ke dalam kulit. Ia akan menjadikan kulit lebih cepat tua, kering, kedut, jeragat dan lain-lain. 

Manakala UVB, B di situ bermaksud Burn. Ia berlaku di lapisan atas kulit. Kalau korang terdedah pada cahaya matahari panas dan kelihatan kulit gelap sedikit, itulah tanda kulit anda telah di serang oleh UVB. Dan biasa nya kalau dah kena UVB pasti UVA juga terserap ke dalam...

Sangat bahaya jika selalu terdedah pada matahari tanpa perlindungan sepatutnya. Bukan sahaja penyebab kulit jadi rosak tetapi juga terdedah pada risiko kanser. (Inj ceritanya kalau sering terdedah tanpa rawatan sewajarnya ya... )

Bukanlah pulak baru jap tadi kena matahari esok kau kena kanser... Bukan camtu ya... ianya ambil masa bertahun-tahun untuk menampakkan kesan kerosakan... Sebab tu bila usia semakin meningkat tiba-tiba macam-macam masalah muncul. Ianya adalah berpunca daripada gaya hidup dari zaman muda lagi...


2. Blue Light dari alat Electronic


Jangan tak tau ya, selain matahari, alatan electronic seperti gajet, handphone, television, lampu juga mempunyai pantulan sinar UV atau lebih di kenali Blue Light. 

LebihtLebih lagi jika sering menggunakan handphone pada waktu malam di dalam keadaan gelap. Ia akan menjadikan kulit lebih cepat berlakunya penuaan seperti lingkaran hitam bawah mata dan kedutan.

Cuba lihat pada rajah di atas, jika UVB menyerang di lapisan atas, UVA pula hingga ke lapisan dalam makanala Blue Light pula menembusi lebih jauh ke dalam berbanding UVA dan UVB. Sebab tu ia lebih merbahaya dan menyebabkan kulit lebih cepat rosak.

3. Tak Cuci Muka / Rutin Skincare yang tidak teratur.


Dah nama pun skincare. Maka ia memang membantu menjaga kulit. Namun ia perlu di lakukan secara rutin dengan penuh istiqomah atau bahasa senang nya perlu dilakukan dari pagi bangun dari tidur, sebelum makeup, selepas makeup dan sebelum tidur pada setiap hari. 

Paling utama kalau korang malas sangat nak ber serum bagai, at least cuci muka harus lah jangan di abaikan. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit korang dan cuci lah dengan cara yang betul. Bukan gonyoh dan dan tonyoh sesedap rasa tau. Insyallah nanti Siti cerita bagaimana nak cari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing dan cara cuci muka dengan betul.

4. Tak Scrub Muka


Kalau tadi nombor 3 malas cuci muka, ni yang ke 4, korang dah cuci muka, tapi malas pulak nak buat scrub muka.

Orang korea kulit dia licin dan berseri-seri sebab diorang rajin srub, cuci muka dan pakai masker pula. 

Scrub muka penting untuk menanggalkan sel kulit mati dan sebum berlebihan di atas kulit.

Sel kulit mati dan sebum yang menempel di kulit tak semua akan hilang selepas cuci Muka biasa sahaja. At least 2-3 kali seminggu lakukan lah scrub muka untuk memastikan tiada sel kulit mati yang tertempel. 

Sel kulit mati yang tertempel lama kelamaan akan bertimbun dan menggaburi kulit baru di bawahnya. Itu yang membuatkan kulit kelihatan kasar, tak sekata, gelap, kusam, berminyak dan sebagainya.

Tapi jangan pula scrub muka setiap hari dan scrub muka dengan kasar. Ini akan jadi punca kusam juga.

5. Kebersihan


Kebersihan harus di titik beratkan untuk semua aspek. Bukan sebab nak cantik je baru jaga kebersihan tapi untuk kehidupan yang lebih sihat dan segar.

Bukan lah maksud Siti nak kata orang yang kulit kusam ni tak pandai jaga kebersihan... Tak... Tapi mungkin korang terlepas pandang. 

Contohnya cadar, sarung bantal selimut dan towel mandi harus di ganti at least seminggu sekali atau nak lagi best 3 hari sekali.

Dan sediakan juga towel khas untuk lap muka. Kadang tu nak cepat, jadi lap je muka dengan towel badan kan... Ini antara penyebab yang orang selalu terlepas pandang. Sebab nya kulit muka dan kulit badan memang tak sama tau. Sebab tu ada di jual towel mandi dan towel muka di pasaran. Kan, betul tak...

6. Kulit TerNyahhidrat


Seperti tubuh badan, kulit juga boleh mengalami ternyahidrat. Antara tanda-tanda kulit terNyahhidrat ialah kulit sering terasa tegang, gatal, kering, kulit menggelupas, tidak bermaya, kusam dan kelihatan kedutan dan garis halus terutama di sebelah mata dan pada garis senyum di mulut.

Korang boleh cuba cara ni untuk tahu samada kulit korang terNyahhidrat atau terhidrat ialan dengan menggunakan jari, angkat pipi korang ke atas. Kalau nampak garis-garis halus itu bermakna ternyahhidrat atau kekurangan air. Tetapi jika ia terangkat bulat, berisi dan cantik itu menandakan kulit anda sihat. Seperti kulit bayi. Lihat pipi mereka, gebu je, rasa nak cubit je pipi mungil tu..

Oleh itu, bagi mengelakkan kulit dari terus ternyahhidrat, pastikan pengambilan air secukupnya dan cuba kurangkan pengambilan cafien, alkohol dan merokok kerana ia akan mengurangkan lembapan kulit dengan cepat.

Ok, setakat ni dulu Siti share pada korang tentang kulit kusam. Insyallah nanti Siti cerita lagi tentang bagaimana nak mengatasi nya pula. 

Lepas dah tau semua ni, jangan ulang lagi ya... Itupun jika korang tiada masalah punca kulit kusam di sebabkan peningkatan usia, hormon bercelaru, stress, kekurangan Nutrisi dan sebagainya. Jika ada, insyallah nanti kita kupas kan lagi.

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20 - 25% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.


Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini


 

No comments:

Post a Comment