Tips 3 Hari Ajar Anak ke Tandas

Haa musti ibu ibu dan bapa bapa mahu anak lekas belajar supaya pergi ke toilet untuk "sheshin" (buang air kecil) dan "o'ok" (buang air besar). Hihiii saya dah terbiasa ng Zuyyin ckp cmni :p jangan marah.. Latihan ke toilet ini boleh dilakukan seawal anak berusia 2Tahun.

Kebaikan anak lekas ke toilet:

Banyak...
Pertama, lebih Jimat RM (bunyi keching..hihii)
Kedua, anak lebih selesa dan tiada ruam lampin lagi :D
Ketiga, takde la ibu2 nak sumbatkan 2-3 pampers dlm henbag kan...jimat space :p

Cara-cara:
Ewah..mcm memasak pulak ..

1) sebelum mulakan niat tu, bagi la hint kat anak, bgtau dia dah besar, kalau gegurl, dah besar dan cun macam princess, kalau boy, dah besar dan kuat macam superman...hihiii atau apa2 yg mereka minat dan tunjukkan contoh yang icon mereka minat tu atau boleh juga jadikan anda sebagai contoh tidak memakai pampers. Haa hint ni kena bagitau dalam seminggu sebelum untuk mereka absorb dan faham. Pastikan guna bahasa yang mudah difahami dan jelas.

2) lepas bagi hint, tibalah harinya...ok, alihkan semua carpet dan apa2 yg kt lantai tu, untuk standby jika berlaku emergency kes...hihiii

3) sediakan tenaga secukupnya dan ketahanan mental dan fizikal untuk mulakan misi anak tak pakai pampers.

4) Ok, tiba harinya, berikan anak memakai seluar dalam yang selesa dan lagi bagus yang mereka suka.

5) untuk permulaan bawa anak anda ke toilet untuk setiap 15minit tak kisah dia mahu "sheshin" atau x...bawa je, dan cebok kan. Ini untuk melatih mereka dan ingatkan "sheshin" mesti dalam toilet.

6) ibu2 kena la perhatikan tanda2 anak nak "sheshin" atau "o'ok". Kalau tidak...selamat la mengemop hihii

7) bila anak sudah pandai tahan "shesin" up-kan lagi bawa anak ke toilet setiap 30minit.

Ulangkan langkah ke 6 tu, penting tau..hihii

8) bila anak sudah tahan boleh tahan "sheshin" lebih 30minit....haa..baru la lega sikit, suh dia bgtau jika mahu ke toilet.

Saranan saya, lakukan Langkah2 ini masa cuti dan anda boleh fokus dengan misi dan visi anda untuk latih anak ke toilet. Hihii

Hadiakan la puji-pujian dan kata2 semangat serta sedikit hadiah untuk perkembangan mereka.

Anak gembira, ibu suka,
duit jimat, ayah lagi suka,
keluarga bahagia :D

Aik, pantun 3kerat...ada x? Ahai...ok selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment