Bersenam sewaktu hamil?
Ia bukan lah suatu perkara yang pelik tetapi kemestian buat para ibu. Kekal cergas sewaktu hamil .
Senaman memperkukuhkan otot-otot anda dan membina ketahanan dan kekuatan untuk memudahkan anda menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibawa oleh kehamilan.
Faedah Bersenam dengan kerap akan:
1. Membantu anda membawa berat yang anda tambah semasa hamil.
2. Mempersiap sedia diri anda untuk cabaran fizikal daripada proses pelahiran dan kelahiran.
3. Memperbaiki mood dan memberi anda tenaga.
Membantu anda tidur dengan lebih baik.
4. Membuatkan anda lebih mudah kembali ke bentuk badan asal selepas bersalin.
5. jika di lakukan di kelas antenatal ini Memberi peluang kepada anda untuk berjumpa bakal-bakal ibu yang lain.

Senaman apakah yang terbaik semasa hamil?
Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda dan membuat badan lebih mudah dilentur, tanpa menyebabkan tekanan pada fizikal.
Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat tidak berbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung.
Jadikan aktiviti itu sebahagian daripada rutin harian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menaiki lif, dan membuat kerja rumah atau berkebun juga dikira sebagai senaman.
Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan kepada risiko perut terhentak, atau tergelincir dan terjatuh, seperti skuasy, gimnastik, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski.
Senaman yang paling sesuai untuk ibu hamil ialah senaman pranatal yoga, berenang dan berjalan kaki.
Saya pilih untuk melakukan Yoga kerana ia mudah dan boleh di lakukan di rumah.
Senaman yoga bukan hanya memastikan tubuh dan minda anda berada dalam keadaan yang baik, ia juga meregangkan otot-otot, meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.
Ia mengurangkan risiko komplikasi kehamilan untuk ibu hamil, meningkatkan kesihatan bayi dan juga mungkin membantu dalam proses kelahiran.
Manfaat Senaman Pranatal Yoga?
1. Meningkatkan Kesihatan Fizikal dan Mental
2. membantu mengurangkan rasa sakit pinggang, 3. mengurangkan kekejangan kaki
4. Mengurangkan sembelit.
5. Membantu mengurangkan keradangan dan bengkak di sekitar sendi.
6. Ia membantu meningkatkan tahap tenaga.
7. Membantu menampung berat badan yang semakin bertambah.
8. tulang pelvis menjadi lebih fleksibel berbanding sebelum.
9. Ketegangan di sekitar serviks dan saluran kelahiran diredakan. Ini membantu melahirkan bayi lebih mudah.
10. Mengembalikan bentuk tubuh badan dengan cepat selepas kelahiran
11. mengurangkan hormon stress seperti hormon kortisol manakala mengeluarkan hormon endorfin, adrenalin, serotonin dan dopamin yang boleh merangsangkan mood gembira dan membantu mengurangakn mabuk hamil dan loya.
12. melegakan ketidakselesaan payudara selepas kehamilan.

Bagaimana Yoga Membantu Perkembangan Bayi?
1. Teknik tarikan nafas yang cukup membantu pengaliran oksigen dan nitrogen Ini juga akan membantu perkembangan sel-sel otak bayi dan tubuh badannya.
2. Hormon endorfin yang dikeluarkan oleh tubuh badan ibu juga menrangsang dan memberi ketenangan dan kegembiraan kepada bayi anda. 3. Pergerakan semasa senaman yoga menenangkan bayi anda bagai dibuai.

Selamat bersenam dan pastikan utamakan keselamatan ibu dan bayi. Lakukan senama yoga anda dengan lembut dan tenang.
No comments:
Post a Comment