Kenapa Islam galakkan Ummat nya Berniaga


Rasulullah berniaga bukan kerana berniaga itu menjadikan Baginda kaya. Tapi berniaga adalah satu cara untuk memberi manfaat kepada orang lain. 

Bayangkan kalau tak ada orang yang menjual beras, ikan, ayam, tepung... Tapi bila ada golongan peniaga yang menjual barang2 tersebut, kita boleh mendapatkannya dengan mudah.

Itulah tujuan berniaga - memudahkan urusan orang lain.

Berniaga juga merupakan satu pendidikan jiwa. Ditolak, dicaci... mendidik sabar. Rugi, kena tipu... Mendidik menjadi lebih beringat dan lebih bijak menilai. 

Ia adalah satu jalan mendekati Allah SWT. Bila kita berniaga, tiada Boss yang akan memberi kita gaji. Tiada Boss yang memperingatkan kita. Hanya yang ada adalah Allah SWT.

Hidupkan sunnah dalam perniagaan, bukan semata-mata mengejar keuntungan sebaliknya memberi manfaat kepada ummah & tarbiah diri menjadi hamba yang lebih baik.

Master Lyna Noh
iReach

No comments:

Post a Comment