Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
#Alhamdulillah
#peringatanbuatdirisendiri
#copypaste
Paling digemari
-
BEZA SERUM DAN MOISTURIZER Apakah perbezaan antara serum dan Moisturizer? Perlu ke pakai kedua nya sekali? Kalau pakai Moi...
-
Malang tidak berbau. Tapi kalau tiba-tiba ada bau Plastik, apa bak buat? Lebih lebih lagi, bau plastik itu datang nya dari dalam oven. A...
-
Memiliki kulit yang cantik, licin, putih, gebu tanpa jerawat dan jeragat sememangnya menjadi idaman semua orang terutamanya wanita. Lagi la...
-
Apa itu Penyakit Kayap? kayap juga dikenali sebagai Herpes Zoster. Penyakit kayap adalah merupakan penyakit kulit dan saraf yang di...
-
Jagung bakar tak masak sekata? Pernah tak anda buat jagung bakar dan masa nak makan tu, ada Bahagian jagung yang tidak masak betul. M...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca budiman. Dah lama rasanya tak update di sini. Nak kata sibuk, memang tak pernah t...
-
Apakah itu penyakit Eczema? Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang mengakibatkan rasa gatal yang amat dan menjadikan kulit kering...
-
Youth, Look Younger Longer. Merupakan Produk Skincare Keluaran Shaklee yang menggantikan Nutriwhite. Kalau nama nya Produk Shakl...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda pembaca budiman. Sebenarnya resipi dah lama di amalkan cuma tadi semasa mengemaskini gal...
-
Potong bayam? Wehh...jangan tak tau, ada orang yang tak mau beli bayam atau sayur yang berdaun sebabnya malas nak potong sebab banyak daun....
Shaklee Promotion
Produk Shaklee
Catatan Siti Zubaidah
-
▼
2017
(297)
-
▼
May
(39)
- Resipi Sahur Tinggi Protien Cepat dan Berkhasiat
- Cita cita ku nak jadi Surirumah Sepenuh masa
- Jangan lupa untuk Bersyukur
- Gejala/Tanda-tanda Kemerosotan Buah Pinggang
- Jadual makan Vitamin semasa Puasa
- FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU
- DOA PARA SALAFUS-SOLEH KETIKA MEMASUKI RAMADHAN
- DOA PARA SALAFUS-SOLEH KETIKA MEMASUKI RAMADHAN
- DOA PARA SALAFUS-SOLEH KETIKA MEMASUKI RAMADHAN
- Nik Zhafira Az Zahra nama di beri
- Penggedar Sah Shaklee Seri Kembangan 2017
- Vivix Shaklee Review 2017
- Di Sebalik Ujian ada Hikmah nya
- Punca Kolestrol tinggi dalam darah dan cara mengat...
- 6 doktor Terbaik
- Cara bagaimana memagar diri dari 'hantu push facto...
- Kulit Lebih Cantik Berseri dengan Set Nutriwhite S...
- Aktifkan diri mu dengan Bermimpi setinggi-tinggi nya
- Benarkah Air kencing berbuih tanda buah pinggang r...
- 6 Tips pilih Jenama Vitamin
- Bagaimana nak jadi Agent Shaklee
- Apa yang best jadi Agent Shaklee
- Tiada hajat yang terlalu besar untuk Allah Tunaikan
- ESP, kisah Protien Shake yang penuh Kontroversi
- Petua kulit cantik dengan Vitamin Shaklee
- Cara mudah Tingkat Kan tahap imunisasi anak
- Eikosanoid Super Hormon yang menyatukan tubuh badan
- Nyanyuk adalah symptom pengecutan Otak?
- Apa yang best buat duit dari rumah dengan iReach Team
- Tips pembahagian masa berniaga Online di rumah den...
- Punca masalah Sakit Buah Pinggang
- KOLESTEROL, bagaimana ia terjadi?
- TIPS Penjagaan Jantung yang Sihat
- Kenapa susu ibu merudum ketika haid?
- Keperluan kalori ibu menyusu untuk kurus
- Perbezaan Produk Shaklee sebagai Suplement dengan ...
- Kawal Berat Badan dengan Detok Shaklee
- Shaklee May Promotion 2017
- Boleh ke ibu menyusu berpuasa?
-
▼
May
(39)
No comments:
Post a Comment