Hokkaido Baked Cheese Tart. Siapa peminat cheese memang kena try ni. Rasanya sangat sedap sampai rasa nak nangis sedap nya tu tau. Selama ni dengar je dari cerita kawan-kawan tapi tak terasa nak beli pun, sebab harga nya boleh tahan dan saya bukan lah peminat cheese sangat, Biasa aje..
Tapi, masa ke IOI putrajaya niat hati nak jalan-jalan tengok sinki di Home Pro, tapi ternampak Hokkaido ni terus En Husband bagi isyarat, "Jom Try". Saya pun apa lagi, jom kan aje la... Kah kah
Harga sebiji kalau tak salah rm5.50. jadi beli set of 6, total rm30. Tekak ni gatai nak cuba perisa Durian dan kuning telur masin maka ada tambahan lagi 80sen untuk dua perisa ni tau. Bunyi nya agak mahal, rm30 untuk 6 biji Cheese Tart.
Tapi seriusly selepas gigitan pertama tu, waduh! Terus jatuh cinta dan... Ya, ok, kalau nak makan makam Cheese Tart, ai sanggup beli lagi.. hehe sebab memang berbaloi dan puas la makan sebiji tart ni.
Cuba tengok filling nya penuh dan Tart pun besar, cheese pun tak kedekut. Yang dalam gambar ni, Hokkaido Durian Cheese Tart. Memang Rasa durian yang sedap dan lazat. Nyumy! Tak sempat nak ambil kesemua gambar, semua dah licin dengan lajunya. (Nak suruh belinlaginla ni agaknnya kah kah)
Yang Saya pilih ialah yang ada satu Tart tu color hijau, Tart kuning telur masin (ada sebiji kuning telur masin didalam, sedap sangat), Tart Original saya ambil 2, Tart Coklat (ada Tart kacang cincang atas nya) dan Tart Durian (New Flavour katanya)
Kesimpulan nya, saya bagi 9/10 markah untuk kesemua perisa Hokkaido cheese tart. Insyallah ada rezeki kita beli lagi. Ok, kalau anda nak beli Shaklee boleh terus klik direct wassap saya (ngee sempat lagi tu), wassap Siti untuk Tanya dan Beli Produk Shaklee
No comments:
Post a Comment