Alhamdulillah, kita di berikan kesempatan dan masih bernyawa pada Tahun baru ini, Tahun 2018. Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca budiman.
Bagaimana agak nya review tahun lepas? Tahniah! Jika azam anda tercapai. Dan pada azam yang belum tercapai, cuna semak semula apa punca yang menyebabkan nya tidak tercapai dan cuba perbaiki nya.
Kita di galakkan untuk menjadi yang lebih baik daripada hari semalam. Jadi, bagaimana nak jadi lebih baik daripada semalam, minggu lepas, Bulan lepas dan juga tahun lepas?
5 Perkara yang perlu di tinggal kan untuk mencapai Impian
1. Banyak Beri Alasan
Sifat banyak beri alasan ni bukan sahaja tidak bagus dan merugikan. Malah ia adalah punca utama kita tidak kemana-mana. Kerana bila rasa nak buat sesuatu kebaikan atau sesuatu yang menuju kejayaan pasti akan terbantut kerana asyik ada aje alasan yang membuat kan kita tidak melakukan perkara sepatutnya untuk mencapai kejayaan.
2. Suka berlengah melakukan perkara kecil
Ini lagi satu sifat yang merugikan. Suka berlengah-lenga akan mengakibat kan kita terbeban dengan segala benda yang remeh remeh. Sudah lah terbeban dengan pelbagai perkara yang di rasakan penting di tambah lagi dengan perkara yang remeh temeh seperti pinggan didapur tak di cuci, baju tak bersidai, rumah bersepah dan macam-macam lagi. Kerana suka bertangguh untuk melakukan perkara kecil. Sebaiknya yang bereskan segala perkara kecil supaya lebih mudah nak uruskan perkara yang lebih besar.
3. Malas
Tiada siapa yang boleh bantu kita sekiranya diri sendiri memang dah malas nak tolong diri sendiri. Sikap malas dalam segala hal, bagi lah apa pun insyallah tak jadi. Ish ish.. tolong ya elakkan sifat ini. Ini amalan syaitan ni... Sila jauh kan sifat ini si tahun baru.
4. Usaha tak setinggi Mimpi
Bila berangan bukan main lagi tinggi. Nak menggapai awan di langit dan bintang Bintang la... Nak ambil bulan untuk di berikan. Pada yang tersayang la ...(ini Contoh... Haha) Tapi usaha yang di lakukan untuk mencapai impian dan cita-cita, cuma lah sebesar kuman saja.... Ish ish fikir lah sendiri kalau cita cita sampai ke awan tapi usaha sebesar kuman, agaknya boleh sampai ke idok?
5. Tidak berdoa
BerDoa merupakan senjata orang mukmin, bagi orang islam. Bagi agama lain pasti juga di ajarkan untuk berdoa jika berhajat kan sesuatu. Kenapa perlu berdoa? Kita perlu berdoa kerana kita sememangnya tidak terdaya melakukan apa pun kecuali dengan izinnya. Kita juga tidak layak mendapat kan apa pun kecuali juga dengan izinnya. Jadi berdoa lah kita setiap masa moga di permudahkan dan murahkan rezeki kita. Doa bukan saja selepas solat atas sejadah. Doa boleh di lakukan di mana-mana bila-bila masa pun.... insyallah
Jadi sempena Tahun Baru 2018, masukkan juga azam kita untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum nya. Kita nak jadi "Orang Baru" yang lebih Produktif, lebih Cergas, Lebih bersemangat. Kerana hidup kita terlalu singkat untuk melakukan perkara yang sia sia...
Jom berubah untuk "Upgrade Diri" dan Bersemangat untuk mencapai Impian
No comments:
Post a Comment