Review G2G Animal Garden Serdang


Pada musim cuti sekolah baru-baru ni, kami tidak pulang ke kampung di Kelantan mahupun di Ipoh atas sebab yang tak dapat di elakkan. Sebagai ganti rugi kepada Zuyyin dan Zahra (our lovely daughter) kami pun bawa lah mereka bersantai bersama haiwan yang jinak di G2G Animal Garden. Alhamdulillah masa Siti dan keluarga ke sini tidak ramai sangat pengunjung. Mungkin semua orang pun bercuti agaknya. Jadi boleh lah anak-anak puas bermain dengan haiwan di sini.


Tempat nya sangat bersih dan kurang berbau walaupun kebanyakan haiwan nya bebas. Haiwan yang terdapat di sini juga aktif, bersih dan sangat jinak. Memang sesuai bawa anak-anak untuk beriadah dan bersantai bersama. Harga tiket pun berpatutan dan kita boleh keluar dan masuk semula pada hari yang sama. 

Tempat ni mesra stroler. Cuma kalau nak masuk ke rumah kucing, rumah reptilia macam susah sikit sebab ia bertangga. Jadi kalau nak explore semua tempat lebih baik guna kan yang ikat di badan tu. 

Siti ada letakkan detail alamat, waktu operasi dan harga tiket di bawah ni ya.

Alamat Lengkap G2G Animal Garden:

Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Waze:

Boleh point terus nama G2G Animal Garden Serdang. Sebab di dalam Maep ni besar. Ada banyak tempat. lebih baik taip terus G2G nanti waze akan terus bawa anda ke ruang parking betul-betul depan G2G di dalam Maep tu.


Waktu Operasi:


Monday10am–6pm
TuesdayClosed
Wednesday10am–6pm
Thursday10am–6pm
Friday10am–6pm
Saturday10am–6pm
Sunday10am–6pm

Harga Tiket:

Bayaran masuk anda boleh lihat di bawah sini, Siti snap kan terus. Senang untuk rujukan anda semua.

Suasana Di dalam G2G Animal Garden

Rumah Ayam

Melangkah saja masuk ke dalam G2G Animal Garden ini anda akan berjumpa dengan Ayam. Ayam Serama, Ayam kampung, Ayam Laga,  Ayam yang ada bulu banyak di kaki... Zuyyin dan Zahra sangat teruja melihat Ayam. hahahaa Kalau kita dulu-dulu boleh saja nampak ayam di merata-rata kan, tapi anak anak sekarang boleh nampak ayam di Animal Farm. Perubahan masa berlalu...


Rumah Burung

Ini suasana di sekitar walkway dan di dalam kandang Burung. ada banyak burung di sini, Burung kecik, warna warni, Burung kaka tua, Burung Merak. Kita berpeluang untuk beri makan kepada burung. Ada di jual makanan burung dengan harga RM1. Burung pun jinak. Kita boleh pegang dan mengusap mereka. Bukan sahaja anak-anak teruja, Mak Ayah pun ikut teruja. haha

Zahra (anak yang kecik) dia tak mahu beri makan pada burung tapi dia kejar semua burung di situ...habis semua burung berkeliaran lari. Teringat kenangan masa kecil dulu, Siti memang suka kejar ayam dan buung... tapi kalau sekarang suruh tangkap ayam, memang tak la...hihii 

Zuyyin (anak sulung) pula teruja untuk beri makan pada burung. Sebelum ni ada juga bawa beriadah bersama haiwan di Farm in The City, Seri kembangan, tapi masa tu Zuyyin takut je.. mungkin sekarang dah berusia agaknya.


Rumah Kucing


Ini di rumah kucing. Di sini ada beberapa ekor kucing yang sangat jinak dan comel cantik semua. Gebu lagi. Rumah kucing ni ada aircond dan perlu tanggalkan kasut untuk kebersihan. Di dalam cantik dan bersih. Ada permainan untuk kucing dan pengunjung juga boleh bermain bersama kucing.

Si Zahra dan Zuyyin apa lagi semua kucing nak di tangkap nya. hahaa


Sebelah rumah kucing ada lagi Rumah. Tak ingat rumah apa, sebab nya masa kitaorang keluar dari rumah kucing, kucing color kelabu tu terus meluru keluar dan masuk ke rumah sebelah. kitaorang terkejut sampai kami pun ikut kucing tu masuk rumah sebelah jugak. Tak sempat ambil gambar. Yang pasti di dalam nya ada anak kambing jinak, monyet terkecil di dunia dan juga kucing gemok. hahaa semua haiwan pun cute sangat.



Rumah Arnab dan Rumah Kambing

Selepas rumah kucing ada Rumah Arnab dan Rumah Kambing. Ruamh Arnab dan Kambing ini bersebalahan sahaja. Arnab dan kambing nya semua bebas dan jangan risau sebab semua pun jinak. Ada makan arnab dan kambing di jual cuma RM1. Pengunjung berpeluang untuk beri kan makanan kepada haiwan. Ada Staf juga yang monitor. Staf di sini juga sangat peramah dan mesra pengunjung. Jadi kita nak beri makan kepada haiwan pun tak de la risau kot la tiba-tiba ada kambing yang mood swing. Dan saya pun baru tahu yang kambing makan Roti... aduhai, ni betul betul kambing bandar nih... hehe




Kuda Poney

Ada papan tanda seperti ini, jadi mudah la kita nak ke kiri atau ke kanan. hehe  

kawasan di sini redup dan ada banyak meja kerusi untuk pengunjung berhenti berehat atau nak bergambar. Ruang berjalan pun luas dan bersih. Udara nyaman dan angin sepoi bahasa. Terasa seperti di kampung.


Zuyyin memang sangat suka dengan kuda poney. Dia tak lepaskan peluang untuk naik kuda |poney. Bayaran cuma RM5. Saya dan suami bergambar saja. Tak larat pula Poney nak angkat kami... hahaha










Rumah Ostrich

Ada dua ekor Ostrich di sini. Tinggi dan agak agresif. Jadi klau nak bagi makan pada Ostrich, Tips nya kena terus bagi dan jangan tarik tangan tu. Sebab nanti Ostrich tu fikir kita main-main..nanti dia akan marah..hehe ni pesan Staff di situ.








Di sini Siti ada pendek kan Video untuk keseluruhan. Enjoy.



Semoga Perkongsian ini bermanfaat. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment