Resipi Tauhu Begedil Viral gerenti jadi

Mesti ramai yang dah tau tentang Tauhu begedil yang sangat mengiurkan ini. Nyum! Nyum!



Ia lebih kurang sama seperti resipi begedil cuma ia di masukkan ke dalam tauhu goreng dan di goreng hingga kekuningan. Di makan pula dengan sambal kicap pedas manis memang la terangkat dan dan boleh lupa diri sampai termakan 10 biji sekaligus. Haha

Siti nak kongsikan cara membuat nya. Mudah saja tau. Namun walaupun mudah jika silap cara, maka  begedil di dalam nya boleh jadi lembik dan tidak kental. Bila gigit ia cair dan kurang sedap lah...

Masa mula-mula Siti buat ia jadi lembik dan cair macam aiskrim yang cair tu... huhuhuu

Tapi, Siti tak berputus asa dan gigih la mencari punca kejadian dan menuntut ilmu dengan mak dan kawan-kawan nya di kampung. 

Alhamdulillah, lepas ikut petua dan pantang larang, maka Tauhu Begedil Siti dah Lulus. Hehe

Nah Siti belanja sikit Tauhu begedil dengan inti nya.



Resipi Tauhu Begedil Viral

Bahan-bahan di perlukan:

Kentang 3kg
Daging/ ayam cincang 400g (defrost kan dulu)
Bawang Holand 1 biji
Daun Sup secekak
Serbuk Lada Sulah
Garam
Perasa
Minyak untuk menggoreng
Telur 1 biji (untuk celup tauhu sebelum goreng)

Cara Membuat Tauhu Bergedil

Step 1:

1. Kupas kulit kentang dan bersihkan.

2. Potong kentang lebih kurang 1 inchi tebal


3. Goreng kentang hingga keperangan dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Anggaran minyak, cukup hingga kentang tenggelam. 



4. Dah siap goreng, tekap kan dengan kertas tisu untuk buangkan sikit lebihan minyak. 

5. lenyekkan hingga hancur dengan menggunakan belakang cawan atau food processor.

6. Simpan di dalam bekas besar dan ketepikan.


Step 2:

1. Cincang halus bawang holand.



2. Tumis dengan minyak sedikit hingga keperangan.

4. Masukkan daging / ayam cincang. Masak hingga empuk.

5. Masukkan garam, perasa dan serbuk lada sulah. Kalau suka pedas boleh letak lebih.

6. Dah cukup rasa. Tutup api.


Step 3:

1. Masukkan daging/ayam yang dah siap di Step 2 ke dalam bekas berisi kentang lenyek di Step 1. Gaulkan sebati. Siti gaul guna mixer, lebih mudah dan boleh la Siti basuh pinggan mangkuk masa ni. Hehe. Kalau tak de, guna tangan pun boleh.


2. Masukkan juga daun sup yang telah di cincang halus.


3. Bila da rata, cuba rasa. Kalau dah ok rasa sedap. Maka begedil nya dah siap.

Tips supaya begedil lebih Kental dan tak hancur / cair

1. Goreng kentang dengan minyak yang cukup panas dengan api sederhana. Kerana jika goreng dengan minyak yang kurang panas kentang akan menyerap lebih minyak. Minyak yang terlebih di dalam kentang ni yang akan buatkan kentang nya tidak boleh di bentuk atau cair.

2. Selepas goreng kentang, toskan minyak dan sebelum melenyekkan kentang, lap dulu dengan kertas tisu segala lebihan minyak. Untuk pastikan ia kering.

3. Jika anda menggunakan cara merebus, pastikan air benar-benar di tos kan. Air yang berlebihan juga menjadi punca kentang tidak boleh di bentuk.

4. Pantang larang untuk menghasilkan begedil yang tidak mudah berderai, cair atau hancur ialah kita kena pastikan kurang minyak dan air. Semua nak kena kena kering. Barulah kentang lenyek boleh jadi cantik terbentuk.

Step 4:

1. Tauhu goreng berbentuk kiub kan? Jadi potong bentuk 'X' pada salah satu permukaan sahaja.  

2. Keluarkan isi tahu. 

3. Masukkan begedil yang dah siap di step 3 ke dalam tauhu hingga penuh.

4. Pada mangkuk lain, pecahkan sebiji telur dan perasa kan dengan sedikit garam. Kalau nak efek lebih rangup, boleh masukkan 1 sudu kecil tepung jagung.

5. Celupkan tauhu begedil ke dalam telur.

6. Goreng di dalam minyak yang cukup panas dengan api sederhana. Anggaran minyak, cukup hingga tauhu tenggelam.

7. Goreng hingga kekuningan.


Cara membuat Sambal Kicap

Tak sah la kalau makan tauhu begedil tanpa sambal kicap kan. Jadi Siti share sekali dengan Resipi Sambal kicap.

Bahan-bahan:

5 tangkai cili api
5 tangkai cili besar
3 Ulas bawang putih
Kicap
Limau nipis
Gula
Garam
Air 3 cawan
Tepung jagung

Cara membuat:

1. Blend kering bawang putih, cili api dan cili besar hingga hancur.

2. Tumis hingga masak dengan api sederhana

3. Masukkan kicap secukupnya dan air 3 cawan atau secukup ikut keperluan anda.

4. Biar mendidih kemudian masukkan gula, garam dan jus limau nipis. 

5. Didihkan hingga serasi. Cuba rasa, mana yang kurang boleh la adjust ya. Untuk lebih sedap memang kena letak gula dan jus limau lebih sikit.

6. Bila dah sesuai rasa sedap, masukkan bancuhan 2 sudu kecil tepung jagung untuk pekatkan sambal kicap.

Dah siap. Boleh la hidangkan Tauhu begedil bersama sambal kicap. Atau di makan bersama soto.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment