Korang kalau memang sedang mencari skincare yang super Natural dan Bebas dari segala bahan kimia korang memang patut mencuba Youth Skincare.
Bulan ni bukan je dapat Promotion Jimat malah dapat FREE Travel Case dan FREE Youth Tracel Set. Eh! Haa tu la... Masih lagi dalam mood Youth saya ni.. haha
Apa pun, kalau nak tengok cemana rupanya Youth yang boleh buat kulit licin, halus bak Glass skin, moh la klik sini.
Jom kita teruskan cerita santai hari ini iaitu cerita tentang Organizer di Kabinet Dapur ku.
Siti beli di Daiso yang harga ke semua item nya cuma lah RM5.90. Murah sangat kan. Orang kata kalau ke Daiso brang yang wajib di beli ialah Organizer, bahan pencuci macam berus, span magic dan tak lupa untuk kulit cantik iaitu Masker. Orang Jepun rajin pakai Masker, sebab tu kulit licin dan tegang je. Untuk pada hari itu Siti lebih berminat dengan Organizer. Haha
Jadi memang ke Daiso dan terus ke tempat Organizer. Memang bermacam aneka bentuk dan pilihan Organizer. Ada yang luar kabinet dan ada juga organizer di dalam kabinet. Siti cari yang di dalam kabinet.
Jadi ini lah dia rupa before dan after menggunakan organizer dari Daiso. Siti beli sikit je dulu, nak try test dulu kan.
lepas susun susun guna organizer dari Daiso ni rasa berkenan sangat la pulak... nanti nak borong lagi untuk tempat simpan dulang dan bekas buat kek pulak. Bukan apa tau, Bila kabinet tersusun cantik orang nak buat sepah pun pikir dua tiga kali kan... muaahahaa
lepas susun susun guna organizer dari Daiso ni rasa berkenan sangat la pulak... nanti nak borong lagi untuk tempat simpan dulang dan bekas buat kek pulak. Bukan apa tau, Bila kabinet tersusun cantik orang nak buat sepah pun pikir dua tiga kali kan... muaahahaa
Tempat sudu ni rasanya Siti tersilap beli. Silap sendiri juga, tak ambil ukuran dulu. Sebab nya ingat kan semua standard size rupanya ada pelbagai saiz. Haha.
Ini tempat sudu dan garpu. Rupanya tak muat untuk sudu dan garpu dewasa. Ia hanya muat untuk sudu kanak kanak. Ini set sudu kanak kanak ikea. Sabo je lah ye... Lain kali kita kita ukur dulu sebelum beli. Hehe
Pada haritu total berbelanja RM94.50. Kih Kih tu la main capai je sesedap rasa.. korang pun sama kan. Hehee
Jom kita kemas dapur comey comey, baru la macam rumah ku syurga ku. Eh😂
Apalagi, cepat la ke Daiso berdekatan anda. Kalau nak Set Kulit Glass Skin, meh dapatkan dengan Siti, klik sini (sempat lagi tu....hehe)
No comments:
Post a Comment