Ulang Tahun Zahra ke 2 Tahun

Pada Tarikh 5 April 2019 maka genap lah sudah Usia Zahra Puteri kedua kami berusia 2 Tahun. Atau nama panjang nya, Nik Zhafira Az Zahra bt Nik Azizon.


Membesar kan Zahra tidak lah susah dan Zahra juga tak banyak masalah kesihatan ataupun kerenah pelik. Alhamdulillah semoga Zahra dan semua anak mama di kurnia kesihatan dan sentiasa di permudahkan segala urusan. Insyallah.


Zahra bertuah kerana berjaya Menyusu Secara Ekslusif selama 2 Tahun. Banyak pengalaman, pengajaran dan pembelajaran yang kita lalui sepanjang tempoh 2 tahun ini. Mama juga banyak belajar dengan Zahra bagaimana cara terbaik melakukan nya. Practice make perfect bukan nya nak tunggu perfect baru nak practice... Alhamdulilah kita berjaya melalui nya.

Mungkin sebab itu Zahra lebih manja dan dan cepat belajar. Sebab nya, orang jawa kata apa tu, jenis yang suka "mengempeng" atau asyik nak melekat je...

Kalau bagi permainan Zahra tidak suka kerana Zahra lebih suka kan semua yang mama pegang seperti senduk, periuk, pisau, pinggan, mangkuk, penyapu, mop... Hahaha



Dan ada sebuah lagi di utube tajuk CleanUp. Haa kalau nyanyi lagu ni, Zahra pun akan ikut la kemas semua yang bersepah. Bagus anak ku, semoga sifat rajin itu berterusan menjadi habit. Insyallah.

Lagi satu, Zahra ni tak padan dengan kecik sebab nya, semua pun nak buat sendiri. Makan sendiri, pakai baju sendiri, mandi sendiri, sapu coklat di roti sendiri... Ish ish yang si kakak pulak, semua nak mama buat. Kadang tu waktu makan, mama suap kakak (waktu ni usia 7tahun), Zahra makan sendiri... haha Ish ish


Tak lupa juga, Zahra walaupun suka mengempeng tapi panjang akalnya mengusik orang. Terutamanya kakak sulung nya, Zuyyin. Sampai menangis Zuyyin kena usik dengan Zahra. Haha sabo je la anak anak oiii...

Dengan Ayah nya lagi manja. Ye lah mana tidak nya, kalau dengan mama tak boleh main kasar. Tapi dengan ayah, Ayah ok je.
Lompat atas perut pun ayah boleh sengih je.. kalau dengan mama, dah kena cubit dia tu. Haha


Apa pun, semoga Zahra terus membesar dengan Ceria, Sihat, Cergas dan Cerdas. Ayah dan Mama sentiasa doakan yang terbaik buat semua anak-anak mama dan menjadi anak yang sentiasa mengerjakan Solat. Insyallah.

Selamat Ulang Tahun Zahra ke 2 tahun. Jaga-jaga mama nak start potty training. Hahahha insyallah di entry lain, Siti cerita kan tentang Zahra Potty training Journey.

Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment