Udang kalau di buat Sambal bersama Petai dan makan dengan nasi panas atau pun nasi lemak, Pergh! Memang sodap ba ituu..
Tapi kali ni Siti nak buat Udang masak Butter atau lebih femes di sebut Butter Prawn.
Resipi ni Siti lihat di Utube Channel "Buat Orang Lapo". Memang kalau tak de idea nak masak apa, Siti suka membelek Channel ni untuk mencari ilham. Lagi pun penerangan dan bahan yang di gunakan biasanya mudah dan untuk Amateur macam Siti ni boleh je buat. Hehe
Resipi ni memang menjadi dan mendapat Markah tertinggi dari Mr. Husband. Haha
Jadi, jom Siti kongsikan Resipi nya supaya Next time, kalau lupa boleh Siti rujuk semula di sini.
Resipi Butter Prawn Sedap Sangat
Bahan untuk Sarang Telur:
3 biji kuning telur sahaja
1 cwn minyak masak
5 sudu besar butter
Cara-cara:
Panaskan butter dan minyak sehingga panas betul.
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur jangan sampai kembang tau. Just bagi rata je.
Angkat tinggi mangkuk tu dan tuangkan ke dalam minyak dan butter yang dah panas dan cair tadi sambil kacau minyak dan telur tu dengan gerakan membulat menggunakan senduk bulat atau chopsticks.
Tujuan angkat mangkuk tinggi tu supaya kuning telur tu turun masuk ke minyak dengan nipis je. Maknanya kita bukan tuang segedebuk macam nak buat telur dadar tu tau. Tuang pastikan ia berjalur halus baru sarang nya jadi halus dan nipis macam dalam gambar tu.
Biarkan telur garing seketika dan angkat ke dalam tapis untuk toskan minyaknya. Ketepikan.
Guna tapis besi tau jangan pulak guna tapis plastic, nanti jadi macam ni.. hahaha tangan ni main sambar je, haa ini lah jadiknya . Maka usah di tiru...ngeh ngeh
Masa goreng sarang ni, kuali akan penuh dengam buih, jangan terlejut pulak tau. Ia memang sepatutnya camtu, jadi usah risau. Teruslan kacau sampai nampak color koko tu dah garing la tu. Boleh la tapis macam di bawah ni.
Bahan Udang:
250g udang
2 sb serbuk kari
1 sb tepung jagung
Garam
2 sb butter
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi
1/2 cawan susu cair (lebihkan jika mahu kuah banyak)
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Cara-cara:
Perapkan udang dengan serbuk kari, tepung jagung dan sedikit garam.
Goreng sebentar sampai masak dan garing kemudian ketepikan. Ini untuk menggaringkan udang. Siti guna tepung Bestari. Lagi senang dan rangup macam udang tempura.
Dalam kuali yang sama, panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan cili padi, goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan susu cair dan biarkan mendidih
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata
Hidangkan Udang dalam mangkuk dan taburkan dengan sarang telur tadi.
Dah siap, jadi lah rupanya begini.
Untuk lebih jelas cemana nak buat sarang butter prawn, boleh lihat di sini
Kredit to : Utube Channel Buat Orang Lapo.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment