Resipi Apam Balik Gebu buat sendiri


Apam Balik Gebu Gebas sendiri buat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca budiman. Di harapnya semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira selalu. Insyallah.

Selama di dalam tempoh PKP ni banyak juga resipi yang Siti try dan gigih mencuba pelbagai menu masakan. Disebabkan Pergerakan yang terhad. Nak makan pula bukan banyak mana pun... Lagi pula Siti je yang minat Apam Balik ni. Yang lain-lain tak minat sangat. Jadi adalah lebih baik Siti buat sendiri dan boleh simpan bancuhan nya di dalam peti ais untuk masak esok pula kan. Haha Siti tau, Siti bijak. (Ngeh ngeh..)

Bila tiba bulan puasa, menu untuk berbuka rasa tak best kalau tak makan Apam Balik tau. Jadi baik kita buat sendiri. Bahan pun simple je dan cara pembikinan pun semudah abc. Ewah..

 Jom laa kita lihat bahan-bahan dan cara membuat nya. Siti ada juga ceritakan Tips bagaimana untuk dapatkan hasil gebu dan apa yang patut dan tak patut di lakukan.


Bahan-bahan:

 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan gula
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk dapatkan warna kuning atau boleh juga guna pewarna kuning)

Cara-cara membuat nya:
  • Masukkan semua bahan cecair kedalam bekas besar kemudian barulah masukkan bahan kering.
  • Adun sebati hingga tepung tidak berketul.
  • Perhatikan juga, supaya adunan nya likat. Tak pekat dan tak cair sangat. Kalau pekat sangat nanti apam balik nye keras. Susah nak lipat. (Ada Siti letakkan gambar di bawah)


Cara memasak Apam Balik
  • Guna senduk bulat dan ceduk sesenduk adunan dan letakkan di atas pan dengan menggunakan api yang perlahan.
  • Tunggu sampai nampak berlubang-lubang macam ni, tandanya tepung dah masak.

  • Lepas tu, boleh la taburkan gula, kacang cincang (yang dah siap digoreng) dan dan jagung cream. Siti guna yang dalam tin.

  • Kemudian, tunggu sekejap sambil lihat kulit di bawah dah jadi color koko ke belum ikut selera anda. Siti suka kalau dia gelap sikit. Ada orang suka cerah sikit. 
  • Dah siap tu, boleh la lipat dua. Tadaaa...dah siap apam balik buat sendiri.
Rasanya sama macam apam balik beli di pasar malam. Hehe boleh la nak lepas tekak sendiri. 


Tips, Apam Balik gebu gebas:

  • Adunan tepung tak boleh terlalu pekat. Nanti susah nak lipat dan mungkin akan pecah. Macam ni... Huhu
Ini namanya, Apam Terkoyak ya.... Haha

  • Jika adunan pekat sangat ia juga menyebabkan, tepung tidak berlubang-berlubang macam gambar di atas. Atau pendek kata tak berapa nak masak sangat. Nanti bila makan liat pula..
Tu...nampak tak, tak de lubang sangat kan... Ini cubaan pertama. Siti memang problem sikit nak tentukan adunan dah pekat ke cair ke...aku nampak semua sama je...haha jadi, nak tau, i kena lah cuba camni.... 

Yang ni cubaan kedua selepas tambah sikit air dan serbuk penaik. Tapi Siti tambah dengan susu kotak. Sebab masa tu tengah buat air milo, jadi buh la sikit dalam adunan ni.. hahaa nampak tak? Meriah lubang nya tu selepas adunan di tambah air skit...

  • Seterusnya, Api. Api kena sederhana saja dan pan pun tak terlalu panas.
Ini jadinya, kalau api terlalu kecil dan tak sabar pula nak melipat... Hahaa jadinya kulit nya tak garing sangat. Cerah gitu...tapi still sedap la...cuma rupa tak semenggah orang perak kata... Haha

Yang ni pula, bila api di besarkan sikit kononya...tapi hakikatnya besar api nya tu.... Akibatnya, hangus laaa apam balik ku...muahahahaha memang terasa kehangusan nya tu bila dimakan. Tak pe lah..sendiri buat, sendiri la telan ye... Haha

Oleh itu, tips nya, pastikan adunan sedang molek, tak pekat tak cair. Dan api sederhana. Pan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Ngam ngam aje.

Jadi korang Selamat Mencuba. Jangan putus asa ya.

Selagi ada adunan dalam peti ais tu, selagi tu la kita berbuka dengan Apam Balik. Hehe... Siti masak 1 apam balik je setiap hari. Ko rasa bila habis nya adunan nya oiii....hihii 

Apa pun, memasak tetap menjadi hobi kegemaran Siti walaupun banyak kesilapan ku keegoan mu...eh macam lagu pula... 

Jumpa lagi di lain Entry... Daaa



Aritu kami ada buat Lockdown Chocolate Cheesecake. Klik sini untuk resipi ya.

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini


No comments:

Post a Comment