6 Penyumbang Perut Buncit

3/27/2014

Enam punca perut buncit 


Yahoo Newsroom - Wednesday, 19 December 2012. Perut buncit merupakan mimpi ngeri bagi sesetengah individu. Baik lelaki mahupun wanita. Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, ia juga menjejaskan penampilan lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang.
Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Kedua ialah faktor penuaan.
Pertambahan usia menyebabkan penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA)
mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan kandungan utama minumam bir ialah gula dan alkohol, Ia adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur. Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mmengandung kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan
tertangguh. “Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas.
di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu. Menurut Selfie, makanan segera juga boleh
mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan juga susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau.
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan
psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan
masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun
berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon,
Terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks eestroge berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya.
Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan
berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.
Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak
terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.
Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah
gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan?
Jawapanya, "ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak ddapa berfungsi dengan baik,” uujarnya
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam
minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Most Welcome