Tips Tingkatkan Susu Ibu dengan Teknik Power Pumping

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu dengan Teknik Power Pumping.
image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda pembaca budiman. Disini ingin saya berkongsi teknik Power Pumping untuk meningkatkan Penghasilan Susu Ibu.
Apa itu Power Pumping?
Ianya merupakan teknik mengepam yang membantu meningkatkan penghasilan susu. Lebih kurang sama dengan cara pam biasa Cuma teknik power pumping lebih unik kerana menggunakan pendekatan cara bayi menyusu.
image
Siapa kah yang memerlukan Power Pumping?
Ibu yang kekurangan susu dan sedang berusaha memperbanyakkan semula susu ibu.
Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik powerpumping ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
image
Bagaimana Teknik Power Pumping?
Untuk single Pum – pam payudara kanan dulu 10 minit, kemudian pam payudara kiri 10minit. Kemudian tukar semula ke kanan selama 10 minit diikuti sebalah kiri 10minit dan seterusnya sehingga 1 jam
Untuk Double Pum – pam kedua belah payudara serentak selama 10 minit dan rehat sebentar dan sambung semula selama 10 minit dan rehat  dan seterusnya selama 1 jam.
Disini ada rumusannya:
image
Adalah disarankan agar melakukan teknik Power Pumping ini sekali sehari, seeloknya waktu malam ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon susu sangat tinggi.
Berapa lama masa di perlukan untuk dapatkan hasilnya?
image
Uhuhuuu...jangan ingat sekali buat Power Pumping terus susu jadi banyak ya...Power Pumping harus di lakukan sekurang kurangnya selama seminggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam hanya setitikdua atau pam angin semata-mata, please jangan give up dan teruskan usaha berdoa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehnya...Amin.
image
Khusus buat ibu ibu yang terlalu sibuk di tempat kerja dan terpaksa skip waktu mengepam, adalah disarankan melakukan teknik Power Pumping pada malam harinya.
image
Semoga dengan perkongsian Teknik Power Pumping untuk Milk Booster ini dapat dimanfaatkan bersama dan insyallah impian untuk penyusuan ekslusif tercapai. Amin.
image

No comments:

Post a Comment