Berita baik bagi yang malas bersenam!

Hihihii Raya dah lepas, jadi paham-paham jela kan, Berat Badan pun meningkat! ops! jadi meh nak kongsi berita baik untuk anda yang agak kurang kerajinan untuk bersenam. asyik tak de masa nak bersenam dan nak keluar rumah, kena pakai kasut la...panas la...ujan la...apa la...xpe, xpe..jgn susah hati, masih ada lagi cara yang xpayah pakai kasut dan myb tak perlu pakai apa2 kot...hihihii jangan kona kelain pulak ya... Meh sini, nak bagitau, cara nya ialah dengan Ber-Sauna :) haa...dengan bersauna kalori yang terbakar hampir sama dengan seperti anda berlari sejauh 5 km. Best x? hehee walaubagaimana pun, Manfaat Sauna: Sauna Mendorong Metabolisme Suhu panas dalam ruang sauna mampu meningkatkan metabolisme badan hingga 20%. Berdasarkan pernyataan Chyntia Phillips dalam bukunya yang berjudul "100 Ways to Supercharge Your Metabolism", satu sesi sauna selama 30 minit boleh membakar kalori hingga 300 kalori. Keselamatan: Jangan lupa minum 2-4 gelas air selepas bersauna. Walaupun sauna memberikan manfaat kepada tubuh badan seperti hilangkan stres, detoks dan sebagainya, tetapi jika anda berasa tidak selesa dan ada rasa pening segera kaluar dari sauna ya...jangan dok dalam tu pulak ohohoo..untuk kaum Adam, sebelum bersauna, cuba dapatkan nasihat Doktor dulu, kerana saya ada pernah dengar yang mengatakan sauna boleh menurunkan tahap kesuburan lelaki.... Ok, itu aja, jadi tiada lagi alasan untuk bersenam dan membakar lemak berlebihan :)

No comments:

Post a Comment