DIY Skirt Kembang untuk Si Manja, mudah dan cepat



Sekarang ni mood anak saya, Zuyyin ialah Princess Mood. Jadi mama layan kan aje mood dia. Anak-anak ni banyak imaginasi nya kan. Sebagai Ibu saya mahu sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepadanya supaya anak terus berkembang dengan gembira.

Oleh itu, nak bagi kan mood Princess nya lagi happy, mama nak buat kan Skirt Kembang Ala princess untuk Zuyyin. Jimat kos. Mama dan Ayah pun suka kan kalau boleh jimat kos... haha

JAdi Jom kita buat DIY Skirt Kembang ala princess untuk buat Si Manja kembang gembira...hahaa

DIY Skirt ni memang sangat mudah dan cepat. Kita gunakan dari kain lama yang tidak digunakan. Saya menggunakan selimut Zuyyin masa dia new born dulu.... lama dah tak guna dan, kain untuk new born kan biasanya cotton, jadi sesuai sangat. Untuk bahagian pinggang saya gunakan headbend Zuyyin, pun dah lama tak pakai. Jadi jom mula.

Bahan:

Kain secukupnya
Headbend (optional, saya gunakan headbend Zuyyin, kalau takde, gunakan kain yang sama dan buatkan pinggang pun boleh.)
Gunting,
Jarum peniti
Benang,
Talitape
Penanda

Cara-cara:

1) lipatkan kain seperti dalam gambar di bawah.


2) ingat ya, bucu yang saya tanda tu untuk buat lubang nanti.
3). Ambil ukur lilit pinggang dan panjang Skirt dari pinggang. 
4) Lihat gambar di bawah sebagai rujukan dan kira-kira sikit.



5) Ok, dah ambil ukuran mula potong.


6) anda akan dapat bentuk seperti ini. (Yang di bahagian tepi tu saya tersilap gunting sebenarnya ia di gunting kalau nak letakkan zip, baru gunting tau...kalau tak letak zip, tak payah la gunting. Sepatutnya anda akan dapat bentuk bulat.)



7) ok, dah dapat bulatan cam kat atas ni, boleh la sambungkan dengan head beand tu, sebelum tu, pastikan headbend muat di pinggang anak anda... (nampak tak bentuk bahagian terbelah tu, itu hanya di potong jika anda nak letakkan zip. Jika tak letak zip tak perlu lah di potong.)



8) kemaskan headbend dengan pin ke bahagian pinggang. dan lihat lah hasilnya :D


Teruja tak? Hihii..ok, boleh la cuba nanti ya :D

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment