DIY Ruffle Skirt Tutorial step by step



Oleh kerana banyak sangat baju yang di simpan dan tidak digunakan jadi saya rasa lebih baik kita main gunting gunting.

Lagipun, anak saya Zuyyin ni sekarang dalam mood "Princess". Jadi, katanya tak mau pakai seluar....ok, layan kan aje...

Jom kita lihat step by step untuk buat DIY Ruffle Skirt daripada seluar yang muuudah amat ni :D

Bahan:

Seluar yang nak di transform. (Guna seluar jeans pun boleh)
Jarum
Benang
Peniti
Gunting

Cara:

1) Gunting kan seluar daripada bawah zip, jika ada poket, jangan lupa angkat bahagian dalam tu, jangan sampai terpotong pulak tau..




2) potong macam dalam gambar ni ya, potong jadi 3 bahagian. Yang penting bahagian kat pinggang tu, potong cun sikit, jgn senget benget..nanti ketara sengetnye semasa di pakai.



3) ok, dah dapat 3 bahagian, ketepikan bahagian pinggang tu. Bahagian bawah kaki tu potong dan jadikan 4 keping kain yang panjang dan sambung semua jadi satu kain yang panjang untuk kita sambung di bahagian pinggang tu.


4) kemudian, dah jadi satu helai kain yang panjang, cantumkan pada bahagian pinggang dan kemaskan dengan peniti sebelum di jahit. lihat gambar ni,



5) Terbalikkan dan tadaa..dah siap DIY Ruffle Skirt :D


Selamat mencuba :D

No comments:

Post a Comment