Vitamin Shaklee Langsung Tidak Berkesan, ketahui puncanya

Pernah tak kita dengar atau kita sendiri yang merasakan "eh! Tak de kesan pun..." "Sama je.. "
Kecewa dengan vitamin Shaklee yang dijamin berkesan tetapi sebenarnya tidak berkesan langsung???
Jika ini berlaku anda perlu faham tentang vitamin dinana ianya tidak sama dengan ubat yang boleh memberi kesan serta-merta kerana vitamin memang tidak sama dengan langsung dengan ubat. Ejaan pun dah lain...
Vitamin adalah sejenis makanan (dipanggil makanan tambahan) yang mengandungi nutrisi dan zat-zat tertentu untuk mencukupkan zat yang kurang di dalam sel. Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk merasai kesan positif vitamin kerana sel manusia hidup lebih kurang 120 hari sebelum menggantikannya dengan yang baru.
Keberkesanan vitamin juga bergantung kepada tubuh badan individu. Sekiranya seseorang itu sudah sekian lama mengalami masalah kekurangan nutrisi, sudah tentu tubuhnya memerlukan masa yang lebih lama berbanding orang yang mungkin kesihatannya lebih terjaga.
Dan perlu lah konsisten dalam pengambilan vitamin. Kalau sekali makan, esok malas terus tinggal, lusa baru makan lagi, anda rasa bagaimana agaknya? Tentulah tidak akan rasa kebaikannya...
Namun, ada 9 sebab yang dikenalpasti kerap menjadi punca vitamin yang dimakan tidak berkesan.
Vitamin Shaklee penipu, tak berkesan pun.
9 PUNCA Vitamin Tidak Berkesan:
1. Kurang minum air masak
Tahukah, kita perlukan 1ltr air untuk setiap 25kg berat badan untuk memastikan fungsi fisiology yang normal berlaku. Bayangkan jika kekurangan air, fungsi fisiologi badan akan terganggu dan sudah tentu vitamin di dalam sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, jangan ambil mudah dengan minum air. Jika tidak ambil vitamin pun, kita masih perlu minum air, inikan lagi bervitamin....maka minumlah untuk kesihatan anda :D
2. Makan banyak vitamin sekaligus dalam 1 masa.
Ini amalan yang tidak sihat. Kerana terdapat zat-zat tertentu yang akan menghalang penyerapan zat yang lain. Contohnya kalsium akan menghalang penyerapan zat besi. Jadi, jika makan banyak vitamin sekaligus, ada kemungkinan terdapat zat yang tidak diserap oleh badan, jadi tak hairanlah jika vitamin tidak berkesan.
3. Waktu pengambilan vitamin yang tidak sesuai
Walaupun vitamin sebenarnya tiada waktu tertentu untuk pengambilannya namun ada beberapa vitamin yang memerlukan keadaan tertentu untuk penyerapan yang lebih baik. Contohnya vitamin larut lemak sesuai diambil selepas makan kerana penyerapanya lebih baik dan ada vitamin yang diserap lebih baik semasa perut kosong.
4. Mengambil vitamin bersama ubat hospital
Bagi mereka yang mempunyai penyakit dan makan ubat hospital, mungkin untuk mengelakkan lupa makan ubat mereka lebih suka makan kesemuanya sekaligus. Sama seperti pengambilan vitamin sekaligus, kemungkinan ada zat-zat yang tidak diserap dengan baik kerana percampuran kedua-duanya.
5. Mengambil vitamin bersama minuman berkafein
Ini lagilah tak boleh kerana kafein memang mengurangkan penyerapan zat makanan, jadinya mungkin ada vitamin yang tidak diserap oleh badan. Bagi yang gemarkan minuman berkafein juga dinasihatkan untuk minum secawan sehari cukuplah.
6. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.
Vitamin ialah makanan tambahan dan bukanlah pengganti makanan seimbang, jadi fungsinya adalah untuk melengkapkan zat-zat makanan yang tidak cukup daripada pemakanan seimbang harian kita. Jadi, pengambilan makanan seimbang dan sihat adalah wajib sementara vitamin akan melengkapkan mana-mana yang lompong.
Umpama solat wajib dan solat sunat yang mengiringi solat wajib. Solat wajib tu memang kita kena buat dan solat sunat adalah untuk menampung jika terdapat lompong-lompong dalam solat wajib kita.
7. Terdedah kepada pencemaran yang boleh memusnahkan vitamin
Pencemaran yang paling dekat dengan ramai antara kita ialah asap rokok. Asap rokok boleh memusnahkan vitamin C dan zink dalam badan. Selain itu, pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya turut memusnahkan vitamin dan nutrisi dalam badan. Jadi, jika kita sering terdedah kepada pencemaran ini mungkin vitamin diperlukan dalam dos yang lebih tinggi.
8. Toksin yang tinggi dalam badan
Toksin ini biasanya akan berkumpul pada dinding usus dan menghalang penyerapan zat makanan. Adalah dinasihatkan agar bersihkan usus dulu sebelum makan vitamin.
Pernahkah anda dengar tentang detoks? Detoks adalah proses mengeluarkan toksin daripada tubuh dan toksin ini sebenarnya boleh menjadi punca penyakit. Shaklee ada produk untuk detoks usus, detoks hati dan detoks seluruh badan termasuk darah.
9. Masalah kesihatan
Terdapat beberapa masalah kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan usus yang boleh menghalang penyerapan zat makanan. Pastikan anda mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor sebelum memulakan pengambilan vitamin.
Kenal pasti apakah masalah yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak berkesan dan pastikan pilih pengedar Shaklee yang boleh memberikan nasihat sewajarnya mengenai pengambilan vitamin sebelum membuat pembelian.
Sebarang pertanyaan atau sekadar nak sembang-sembang Shaklee, boleh hubungi saya, (wassap atau sms aje)
Siti, 019-552 2329

No comments:

Post a Comment