10 makanan yang perlu di elakkan ketika berdiet


Jika anda membuat keputusan untuk menurunkan berat badan. Percayalah ianya bukan suatu perkara yang mudah tanpa semangat dan kesungguhan yang kuat!
Kalori. Ya kalori adalah ilmu yang perlu di cari gali sebelum mulakan proses penurunan berat badan. Tak kira lah nak guna apa produk pun, yang paling penting kita mesti, wajib, harus tahu pasal kalori untuk turunkan berat, kalori yang di perlukan seharian, kalori sepatutnya di ambil, kalori setiap makanan yang di makan dan sebagainya...
Tapi tak perlu stress... Jika info kalori belum cukup, boleh la try singgah di blog sususejat.com atau cekodok.com disini banyak info pasal kalori. Tak pun boleh tanya pakcik google, jumlah kalori sekeping roti...haaa camtu..
Berbalik pada tajuk kita, berikut adalah senarai kalori yang harus di elakkan ketika berdiet :D
1. Minuman bergas/ Softdrink
Memang sedap kan minum air gas sambil borak2 dan makan kentang goreng. Tapi jika anda benar serius untuk turunkan berat, tolong hindarkannya. Kerana selain langsung tidak berkhasiat ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi dan itu bermakna kalorinya juga pasti tinggi.
2. Minuman kaffien
Siapa yang tak suka dengan kopi, Nescaffe, latte...memang sedap kan..tapi tahukah anda samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Ini membuat jumlah kalori yang tidak sihat. Namu jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri. seloknya cukuplah secawan je dalam sehari ye..air masak yang kena minum lebih :D
3 Produk yang di perbuat daripada tepung
contohnya seperti kebanyakan kuih muih dan roti diperbuat daripada tepung...jika anda sedang berdiet, anda perlu elakkan nya. ini kerana roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
4. Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5. Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
6. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
8. Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

10. kudapan
Kudapan seperti kerepek ubi, keropok ikan dan yang seangkatan dengannya sangat perlu dielakkan. tahukah anda hanya semangkuk kerepk ubi kalori nya sudah 300kcal? tapi kita tak kenyang pun kan....lagi satu tak mungkin cukup satu mangkuk je kan...mesti nak makan lebih. jadi kalau semangkuk pun dah mencecah 300kcal, 2managkuk?? ohohoo seram pulak nak kira,,,jadi please elakkan ya. ia juga mengandungi tinggi garam yang mana ia memang tak elok untuk impian anda mahu dapatkan bentuk badan idaman. ini kerana jika banyak ambil garam, badan akan membendung air dan bentuk badan mula menggelebeh....say no no no no kudapan ya

ok lepas dah tau semua makanan yang perlu dielakkan..tapi still lagi tak boleh nak elak...mulut tu asyik terasa nak mengunyahhh jee....maka sedarlah...sebenarnya anda bukan lah lapar, tetapi ia adalah petanda tubuh anda perlukan air. percayalah cuba minum air secukup nya, iaitu 1ltr utk setiap 25kg berat badan anda. Pasti semua keinginan yang menggila dapat di tundukkan. Insyallah...

Selamat Berjaya :)




No comments:

Post a Comment