Resipi Ayam Panggang Rotisserie sedap dan mudah anti gagal



Jika anda tercari-cari menu hidangan utama untuk tetamu atau pun untuk hidangan special keluarga anda tetapi nak yang mudah dan tidak leceh. Saya cadangkan anda cuba resipi Ayam Panggang Rotisserie.

Nama nya di berikan Rotisserie ni sebab masa kita panggang tu, kita guna stick Rotisserie. Masa mula-mula tu macam pelik. Apa tu Rotisserie? Ayam masak Ros ke? Hehe

Tapi, rupanya memang nama stick Panggang ni Rotisserie. Dan kemudian saya buka buku manual oven, baru la nampak dia tulis situ, Rotisserie stick. Kalau bahasa melayu mungkin namanya ayam golek kot. Ngeh ngeh.



Ini dia Rotisserie Stick.


First time saya buat ayam panggang ni, masa ibu bapa saya datang kerumah. Last minute telifon bagitau esok nak datang. Saya memang tak de idea nak masak apa. Dan sebab itu lah tercetus menu ni. Ia bukan sahaja sedap tapi hasilnya nampak macam professional pula. Ewah

Lagi satu saya suka gaya masak panggang sebab ia bukan sahaja lebih berkhasiat dan kurang minyak tapi ia tidak leceh kan dapur dan tak perlu tunggu lama di dapur. Sambil ayam masak kita boleh buat kerja lain. Eh, multitasking konon nya. Haha

Ok, tanpa buang masa, jom kita semak bahan-bahan dan cara memasak nya menggunakan stick Rotisserie.

Resipi Ayam Panggang Rotisserie


Bahan Utama:

1 ekor ayam sederhana besar (belum di potong)


Bahan untuk di blender kering:

1 batang Serai
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar kicap manis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah

Cara membuat nya:

1. Cuci ayam bersih dan toskan ayam untuk keringkan air nya. Kelar sikit bahagian atas dan bawah ayam supaya bahan blender lebih meresap ke dalam. Kemudian ketepikan.
2. Blend kan kesemua bahan blender hingga halus.
3. Ambil sikit hujung jari dan rasa sikit. Untuk pastikan rasa nya menepati citarasa anda.
4. Bila rasa dah sedap, Sapukan bahan blender keseluruh ayam hingga rata termasuk bahagian dalam juga.
5. Masukkan ayam yang sudah di lumur ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti ais semalaman atau 2-4 jam. Jangan masuk ke tempat beku pula.  Nanti keras kejung ayam anda hahaa. Seeloknya untuk rasa lebih sedap dan meresap, perap lebih lama lagi sedap.



Proses memasak.

Selepas ayam siap di perap. Ambil stick Rotisserie anda dan sapukan margerin ke seluruh stick dan juga dulang oven anda. Supaya senang nanti nak cuci. Masa memasak nanti air ayam akan menitik ke bawah. Jadi kalau tidak di sapu margerin agak susah juga nak bersihkan.

Saya pernah terlupa  bubuh margerin dan nangis  la masa cuci tu.. jadi anda jangan lupa sapu rata margerin ke seluruh stick dan dulang tau.

Kemudian, cucuk ayam ke stick Rotisserie dan kemaskan kedudukan ayam pada stick, supaya tidak senget masa di dalam oven nanti. Lihat pada gambar di bawah.



Untuk kesan garing pada ayam dan Nampak lebih menyelerakan sapukan sikit margerin pada ayam sebelum masukkan ke oven. Ada juga yang suka sapukan madu. Nanti kesan nya nampak cantik berkilat. Ikut selera anda ya.

Masukkn ayam dengan berhati-hati dan jangn lupa letakkan dulang oven di bawah ayam. Ada juga yang letak kan kentang yang di belah dua di atas dulang bersama lemon untuk hasil bau yang lebih sedap. Dan nanti boleh makan kentang panggang bersama ayam.

Selepas puas hati dengan hasil lumur dan kedudukan ayam juga sudah kemas, tutup oven dan mula bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 170'c selama 40 minit atau hingga ayam masak. Kalau oven anda ada mode bakar dengan kipas, boleh pasangkan juga.

Sepanjang proses memasak ni, bau nya wangi dan buatkan kecur air liur saja tau. Haha..

Nak tau, jangan terkejut pula, selepas lebih kurang 5-10 minit ayam di panggang, leher dan kepak ayam akan bergerak tau. Saya ni belum pernah lagi tengok cara ayam panggang Rotisserie di masak. Bila tengok leher dan kepak nya bergerak saya nyaris menjerit ingatkan ada hantu. Hahaha penakut betul.

Saya masak ayam ni, masa mak dan ayah saya dah sampai rumah. Hidang kan semasa panas-panas dan makan bersama nasi putih dan sos baberkiu atau sos cili biasa pun dah sangat sedap. Nyum! Lupa pulak nak amik gambar yang di potong masa makan. Sedap sangat gamaknya. Hohoo


Ok, selamat mencuba. Kalau dah cuba boleh la kongsikan di sini bersama pengalaman anda juga. Perkongsian anda, saya dahulukan dengan Jutaan Terima Kasih.

1 comment:

  1. Salam saya pun bru nk cuba buat ayam rotisserie nii. Nk tanya perlu preheat oven tu dulu tak? Dan organ2 dlm ayam tu bakar skali atau tidak? :)

    ReplyDelete