Mug Cake 50 Saat

Biasanya kalau buat kek kena guna loyang kek dan bakar lebih kurang 40 minit kan? Belum di tambah dengan bahan-bahan yang sukatan nya harus tepat. Tak boleh lebih kurang kalau nak kek jadi cantik .. Telur perlu pukul sampai kembang dan macam-macam lagi peraturan untuk dapatkan hasil kek yang cantik, gebu dan wow!

Bagi Siti, orang yang biasa dalam pembuatan kek (hahaha) kerja begini amatlah rumit (alasan je tew...hihi) hingga Siti rasa risau pula nak buat kek...

Kemudian...

Pada suatu hari... Siti terjumpa Mug Cake yang Super Duper Simple. Dia punya simple lagi mudah ni hingga anak saya berusia 6 tahun pun boleh buat. Yes!


Paling best Mug Cake ni confirm jadi dan tempoh masak cuma 50saat. Siti tak salah taip, ianya betul 50 saat. Tidak sampai seminit pun.

Mug Cake yang super simple ni cuma tambah air dan kacau rata. Tak perlu masukkan Telur. Bila dah rata, just masukkan ke dalam Mug yang available for Microwave. Dan tekan button On. Sudah siap. Senang kan. Siti guna cawan budak Ikea je.. senang. Memang nak bagi budak yang makan pun kan... Hahaha

"Saya suka, Saya Suka..." Kata Mei Mei. Hehehe

Jadi Aktiviti buat Mug Cake ni selalu juga Siti buat bersama Zuyyin (Anak Sulung Siti). Zuyyin memang suka sangat buat kek, tapi apakan daya mak nya ni tangan keras.. bila buat kek, insyallah tak jadi..haha

Maka, dengan Adanya Mug Cake ni, impian Zuyyin nak buat kek dengan mama selalu jadi kenyataan. Ngeh ngeh...

Beginilah rupanya Mug Cake yang Siti Maksudkan. Siti beli Jenama Nona. Ada banyak perisa tau. Antaranya, Coklat, Mocha dan Coklat Banana. Harga cuma RM1.50 dan cukup untuk 1 mug.

Mug Cake jenama Nona

Cara buat ada di tulis jelas di belakang pack. Masukkan 1 paket ke dalam cawan dan tambah 40ml air masak. kemudian kacau sebati. "Mudah saja tambah air, adun sebati masak dan sedia.. " hihihi ikut rentak lagu tepung cucur adabi...


ini Zuyyin, Bangun pagi je terus nak makan kek. Zuyyin yang bancuh sendiri kek ni dan di tambah dengan hiasan Coklat tabur. Ikut citarasa anda ya.



masukkan ke dalam Microwave. Guna Setting 800W selama 50 Saat.



Taraaa...sudah pun siap. Zuyyin siap tunggu dan kira sama-sama dengan microwave tu. hihiii



Cake lembut dan lembab. Rasa nya sama macam Coklat Cake Moist. Tidak terlalu manis dan tidak juga tawar. Secukup rasa. Siti nak bagi 8 markah daripada 10. like!

Ia juga boleh di jadikan sebagai aktiviti di dapur bersama anak-anak.pasti mereka amat teruja melakukan nya. Selamat Mencuba.







No comments:

Post a Comment